Di ‘sound’ Yuna kerana biadap, MeleTop padam video parodi muka hitam Usher dan minta maaf

Rancangan hiburan terbitan Astro, “Meletop,” dikecam hebat sebahagian rakyat Malaysia setelah menyiarkan video adegan lawak bersifat “blackface,” ataupun memomokkan warga kulit gelap dengan memakai mekap hitam.

Baca: 

Yuna bengang MeleTop biadap buat Parodi muka hitam Usher, boleh buat kerjayanya hancur

Adegan tersebut, yang dibintangi pelawak Jihan Muse dan Shuk SYJ, kononnya merupakan parodi persembahan bintang tempatan Yuna dan penyanyi R&B berbangsa Amerika-Afrika Usher dalam duet mereka “Crush.”

Jihan Muse (kiri) dan Shuk SYJ terlibat dalam video parodi Yuna dan Usher. — Foto Instagram/Shuk SYJ

Di ‘sound’ Yuna kerana biadap, MeleTop padam video parodi muka hitam Usher dan minta maaf

Dalam beberapa coretan di akaun Twitternya semalam, “Meletop” memohon maaf atas adegan tersebut yang disiarkan semasa siaran langsungnya di saluran Astro Ria pada pukul 9 malam, Selasa minggu ini.

“Sekali lagi, kami di pihak krew dan warga kerja #MeleTOP ingin memohon maaf di atas penyiaran video tersebut,” kata salah satu coretan itu.

Beberapa coretan seterusnya dalam Bahasa Inggeris ditujukan kepada Yuna dan Usher sendiri, mengakui kelemahan pertimbangan mereka serta mendakwa ia tidak melambangkan nilai dan kepercayaan mereka.

Namun, “Meletop” tidak menjelaskan sebab mereka memohon maaf.

Video parodi tersebut menyindir persembahan “live” Yuna dan Usher dalam konsert The Roots Picnic di Philadelphia, Amerika Syarikat. Persembahan tersebut menjadi kontroversi di Malaysia kerana Usher memeluk penyanyi Muslim itu.

 

Dalam versi “Meletop,” Shuk sambil mukanya bermekap hitam cuba memeluk Jihan yang memakai turban seperti gaya Yuna, namun Jihan cuma tunduk.

Walaupun video tersebut telah ditarik balik daripada akaun media sosial rancangan itu, masih ramai yang menyebarkannya sehingga “Meletop” terpaksa merayu agar video itu tidak dimuat naik semula.

“Kami telah memadam video tersebut dan meminta semua agar tidak mengongsinya. Terima kasih atas kerjasama anda,” kata satu coretan baharu malam tadi dalam Bahasa Inggeris.

Antara mereka yang dikesan ProjekMMO masih menyebarkan video itu selepas permohonan maaf “Meletop” termasuklah laman-laman viral Oomedianetworks dan RotiKaya, yang dikongsi beratus pengguna.

Tindakan mereka namun mengundang kutukan ramai pengguna media sosial, yang berang dan menggesa akaun-akaun tersebut agar memadam video itu.

Sumber : Malay Mail

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post