Ini soalan-soalan yang paling dicari tentang Lee Chong Wei oleh rakyat Malaysia di Google

Nama Datuk Lee Chong Wei terus menjadi sebutan di laman sosial seperti Facebook dan Twitter termasuk di laman carian Google sebaik berakhir final badminton perseorangan lelaki di Sukan Olimpik Rio 2016.

Carian mengenai pemain badminton negara itu meningkat di Google terutamanya ketika di penghujung set pertama perlawanan menentang Chen Long itu.

Ini soalan-soalan yang paling dicari tentang Lee Chong Wei oleh rakyat Malaysia di Google

Ini soalan-soalan yang paling dicari tentang Lee Chong Wei oleh rakyat Malaysia di Google

Menurut Google Trends, lima soalan utama ditanya mengenai Chong Wei termasuk keputusan perlawanan dengan pemain China itu yang berkesudahan 18-21, 18-21.

Pelayar Internet juga ingin mengetahui siapa jurulatih Chong Wei iaitu Hendrawan dan juga tarikh lahir pemain berusia 34 tahun itu iaitu pada 21 Oktober 1982.

Carian mengenai isteri Chong Wei juga antara yang teratas di Google, iaitu Wong Mew Choo yang juga bekas pemain badminton individu negara.

Mereka berkahwin pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

Ada juga yang ingin mengetahui jenama raket yang digunakan Chong Wei iaitu Yonex, dan beliau turut mempunyai raket ‘signature’ bersama pengeluar peralatan sukan tersebut.

Sementara itu, di Twitter, hashtag badminton masih lagi trending sebaik tamat perlawanan akhir yang memihak kepada Chen Long itu.

Nama Lee Chong Wei juga trending dengan 370,000 tweet menyebut nama pemain itu.

‘Congrats DLCW’ dan #DLCW yang bermaksud Datuk Lee Chong Wei juga trending sejak pagi tadi yang menyaksikan rakyat Malaysia menyuarakan rasa bangga mereka kepada Chong Wei atas kemenangan pingat perak pada acara berkenaan.

Pingat itu adalah perak keempat kontinjen negara di Rio 2016 yang juga perak ketiga Chong Wei dalam sukan terbesar dunia itu.

Dalam pada itu, di Facebook, nama Lee Chong Wei juga dicari lebih 92,264 pelayar laman berkenaan, manakala hashtag #leechongwei disebut sebanyak 86,027 kali.

Sumber; Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post