Keluarga adik Noor Amila Edrus yang disyaki dibunuh abang ipar tiri bingung apa motif pembunuhan

Keluarga Noor Amila Edrus Norsyam, kanak-kanak lelaki yang dibunuh dan mayatnya ditemukan di kawasan semak Kampung Kemensah, Hulu Kelang dekat sini semalam, masih bingung dengan motif pembunuhannya.

Ibu tiri kanak-kanak berusia lima tahun itu, Norrihan Bakar, 51, berkata, setakat ini keluarganya belum menerima sebarang maklumat daripada polis berhubung siasatan kes itu.

Keluarga adik Noor Amila Edrus yang disyaki dibunuh abang ipar tiri bingung apa motif pembunuhan

Keluarga adik Noor Amila Edrus yang disyaki dibunuh abang ipar tiri bingung apa motif pembunuhan

“Kami berharap kes ini dapat diselesaikan segera dan menjawab segala persoalan yang timbul,” katanya dengan nada sebak semasa ditemui Bernama di kediamannya di Perumahan Awam Jinjang Utara di sini, hari ini.   

Menurutnya Noor Amila Edrus, yang dijaganya sejak berusia sembilan bulan, terlalu manja dengannya.

“Edrus seorang yang ramah, dia suka bergurau dan selalu menyakat anggota keluarga lain. Saya selalu suapkan makanan kepadanya ketika dia bermain basikal di hadapan rumah,” katanya sambil memegang erat selimut milik anak tirinya itu.

Norrihan berkata selalunya, Edrus ke surau berdekatan untuk bersolat dengan seorang lagi abang tirinya tetapi pada hari kejadian Khamis lepas, kanak-kanak itu ke surau bersendirian untuk menunaikan solat Maghrib.

“Selepas mengetahui kehilangan Edrus, ayahnya segera membuat laporan polis,” kata surirumah itu sambil memberitahu anak tirinya mahu jadi imam bila dewasa kelak.

Norsyam Jali, 63, membuat laporan polis mengenai kehilangan Noor Amila Edrus pada malam Khamis lepas.

Norrihan, yang merupakan isteri kedua Norsyam berkata, sepanjang tujuh hari kehilangan kanak-kanak itu, beliau merasa amat bimbang kerana anak tirinya itu menghidapi asma.

Mengenai menantunya yang kini direman sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan polis berhubung kes itu, Norrihan berkata tiada perkara yang mencurigakan di antara menantunya dengan Noor Amila Edrus.

Malah, katanya, lelaki berusia 26 tahun itu seorang yang baik dan sering membawa keluarganya termasuk Noor Amila Edrus bersiar-siar dan bercuti.

Dalam pada itu, Norrihan berterima kasih kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang meluangkan masa menziarahi keluarganya hari ini.

Beberapa pegawai kementerian itu turut menawarkan khidmat kaunseling kepada keluarganya. – Bernama

Sumber : Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post