Kesatuan Berbasikal Antarabangsa tidak adil kepada negara Asia, hanya dapat 2 kuota tempat berbanding Eropah 5 tempat – Azizulhasni Awang

Pemenang pingat gangsa keirin Azizulhasni Awang menyifatkan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) tidak berlaku adil kepada negara-negara Asia dari segi pengagihan kuota penyertaan dalam Sukan Olimpik.

Pelumba yang terkenal dengan panggilan The Pocketrocket Man itu berkata benua Asia yang mempunyai saiz yang hampir sama dengan Eropah hanya mendapat dua tempat dalam acara pecut berpasukan sedangkan Eropah mendapat lima.

Kesatuan Berbasikal Antarabangsa tidak adil kepada negara Asia, hanya dapat 2 kuota tempat berbanding Eropah 5 tempat - Azizulhasni Awang

Kesatuan Berbasikal Antarabangsa tidak adil kepada negara Asia, hanya dapat 2 kuota tempat berbanding Eropah 5 tempat – Azizulhasni Awang

Katanya, kuota pecut berpasukan amat penting kerana negara yang layak dalam kategori itu secara automatik berhak menghantar wakil dalam acara pecut individu dan keirin.

“Walaupun saya berada di ranking atas untuk acara keirin tapi pelumba Korea Selatan turut mendapat tempat secara automatik dalam acara keirin walaupun mereka jauh di bawah.

“Ramai jurulatih turut mengkritik sistem yang digunakan UCI dan saya harap pada masa hadapan mereka dapat membuat perubahan untuk perkembangan sukan itu sendiri.

“Oceania umpamanya yang hanya merangkumi New Zeland dan Australia diberi dua tempat dalam acara pecut berpasukan, sudah tentu kedua-dua negara berkenaan terus layak ke Olimpik, ini tidak adil,” katanya semalam.

Sementara itu, ditanya apa lagi yang perlu dibuat untuk meningkatkan tahap sukan berbasikal di Malaysia, atlet kelahiran Terengganu itu berkata, penerapan sains sukan perlu diperluaskan.

Katanya, pada masa ini perkara itu telah dilaksanakan dan telah menunjukkan perkembangan positif dalam aspek kedudukan dan aerodinamik tetapi masih belum mencukupi.

“Cuba tengok pelumba Britain yang memaksimumkan penggunaan sains sukan, dalam kejohanan sebelum Olimpik mereka berada pada kedudukan bawah tapi di Olimpik kedudukan mereka jauh lebih baik dan ini adalah hasil gabungan prestasi di atas basikal dan sains sukan,” katanya.

Dalam pada itu, Azizulhasni menasihatkan pelumba basikal muda negara mengenai tiga elemen utama iaitu pengorbanan, disiplin dan komitmen yang diperlukan jika mahu bergelar atlet bertaraf dunia yang mampu mengegarkan pentas Olimpik.

Sumber: UTUSAN

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post