Soket penyesuai mesin basuh tersangkut di jari pelajar perempuan 15 tahun

Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun terpaksa menahan sakit hampir satu jam apabila soket penyesuai mesin basuh yang di pakai pada jari manis sebelah kanan, tersangkut sehingga menyebabkan jarinya membengkak, hari ini

Kenapa pakai kat jari?

Kenapa pakai kat jari?

Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Chekok di sini, untuk bantuan namun pihak klinik yang tidak dapat membuka soket terbabit, menghubungi bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas Penolong Penguasa Bomba Nazri A Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.46 tengah hari dan tujuh anggota bergegas ke klinik terbabit.

Menurutnya, sebaik tiba pada 1.03 tengah hari, pihaknya mendapati remaja perempuan itu sedang menahan kesakitan akibat jarinya mula membengkak.

“Bomba menggunakan pemotong khas bagi membolehkan soket berkenaan ditanggalkan selepas gagal mengeluarkannya secara normal.

“Kami mengambil masa 20 minit untuk menanggalkan soket dan pelajar terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post