Wanita maut dihempap besi kren di Jalan Raja Chulan semasa sedang pandu kereta

Seorang pemandu kereta wanita maut dihempap besi yang dipercayai terjatuh daripada sebuah kren di tapak pembinaan di Jalan Raja Chulan, Khamis malam.

Wanita Maut Dihempap Besi Kren Di Jalan Raja Chul

Wanita Maut Dihempap Besi Kren Di Jalan Raja Chulan

Wanita Maut Dihempap Besi Kren Di Jalan Raja Chulan

Dalam kejadian 7.20 malam itu, besi berkenaan dipercayai terjatuh daripada kren di sebuah tapak pembinaan, bersebelahan pusat beli-belah Pavilion dan menimpa kereta Perodua Kelisa yang dipandu mangsa.

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Mohd Samsol Maarof Saibani berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada 7.21 malam dan tiba di lokasi 15 minit kemudian.

“Sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari balai bomba Pudu dan Hang Tuah dengan kekuatan 16 anggota bergegas ke lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata kerja-kerja mengalihkan besi yang menimpa kereta berkenaan sedang dilakukan. -Bernama

 

Sumber: Mstar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post