2 universiti Singapura antara 100 terbaik dunia, tetapi Malaysia selepas tangga 600?

Dua universiti Singapura mendahului negara Asia Tenggara yang lain dalam penyenaraian penarafan bertaraf dunia Times Higher Education (THE) World University Ranking 2016-2017 yang baru diumumkan, manakala universiti Malaysia yang tersenarai hanya mampu dalam lingkungan tangga 600-800.

2 universiti S’pura antara 100 terbaik dunia, Malaysia selepas tangga 600

2 universiti S’pura antara 100 terbaik dunia, Malaysia selepas tangga 600

THE World University Rankings meletakkan Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) mendahului pusat pengajian tinggi Asia dan Asia Tenggara yang lain pada kedudukan ke-24, iaitu kenaikan satu tahap daripada kedudukan tahun lalu, iaitu 25.

Sebuah lagi universiti Singapura, Universiti Teknologi Nanyang, mencatatkan peningkatan kedudukan daripada 61 kepada 54 tahun ini.

Universiti tempatan masih gagal menduduki senarai 100 teratas.

Sebaliknya, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) kesemuanya disenaraikan selepas kedudukan 600.

Mengatasi senarai THE pada tahun ini ialah Universiti Oxford, menggantikan California Institute of Technology yang kini di tempat kedua. Universiti Stanford, Universiti Cambridge serta Massachusetts Institute of Technology berada di kedudukan ke-3, ke-4 dan ke-5.

THE World University Rankings berdasarkan data institusi dan reputasi yang dikumpulkan serta diuruskan oleh kumpulan pakar THE.

Sebanyak 980 universiti dari 79 buah negara terlibat dalam ranking tahun ini, berbanding tahun lalu di mana 801 universiti dari 70 buah negara disenaraikan.

Editor THE, Phil Baty berkata pihaknya tahap penilaian terhadap universiti termasuk buku dalam penyelidikan sebagai tambahan kepada artikel jurnal, ulasan dan prosiding persidangan.

 

Sumber: FMT



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post