Biodata Amelia Thripura Henderson, pelakon drama Anak Mat Salleh Tapi Melayu

Amelia Thripura Henderson mula menceburi bidang seni sebagai seorang model melalui iklan Mothercare sewaktu berusia setahun. Selepas itu, beliau berjaya membintangi sitkom Keluarga Adam.Beliau juga pernah mementaskan persembahan muzikal teater iaitu The King and I dan Peter Pan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada tahun 2007. Beliau amat menggemari tarian balet dan pernah memenangi Kategori 3 dalam program Cecchetti International Summer School yang diadakan di Melbourne, Australia.

Ibu beliau adalah seorang doktor gigi yang berketurunan India bernama Jaya Rudralingam. Selain itu, bapa beliau adalah seorang arkitek yang berketurunan Scotland bernama Graham L. Henderson. Beliau mempunyai dua adik-beradik dan merupakan anak yang sulung. Adiknya pula bernama Alexander Rudrakeith Henderson.

Berikut adalah senarai penuh biodata Amelia Thripura Henderson:

Amelia Thripura Henderson

Amelia Thripura Henderson

Nama penuh: Amelia Thripura Henderson

Nama baru selepas peluk Islam: Putri Noor Amelia Thripura Henderson binti Abdullah

Tarikh lahir: 20 Oktober 1995

Etnik: India-British

Pekerjaan:  Pelakon Pelakon Suara Pengacara Televisyen Model

Tahun aktif: 2006 – kini

Terkenal kerana: Menjadi model bagi iklan Mothercare

Agama: Kristian (kini Islam)

Pasangan: Tunku Harunnarasheed Putra

Ibu bapa: Jaya Rudralingam (ibu)
Graham L. Henderson (bapa)

Saudara: Alexander Rudrakeith Henderson (adik)

Filem: Barbie in A Christmas Carol, Talentime, Barbie and the Three Musketeers, Sing Along With Barbie, Seefood dan War of the Worlds: Goliath

Drama: Keluarga Adam, Kasut Tumit Tinggi, Keluarga Pontimau, Oh My English!: After School, Anak Mat Salleh Tapi Melayu

Di samping itu, beliau berpeluang untuk mengembangkan bakatnya ke Amerika Syarikat. Beliau merupakan salah seorang kanak-kanak di Malaysia yang menjadi pelakon suara untuk filem animasi popular iaitu Barbie in a Christmas Carol. Beliau bernasib baik kerana ditawarkan untuk menjadi suara latar di dalam filem animasi ini. Beliau akhirnya bersetuju untuk merakamkan suara di dalam filem animasi ini kerana beliau amat fasih berbahasa Inggeris dengan menggunakan slanga British dan Amerika

 

Perkahwinan

Amelia Henderson yang kini memeluk Islam dengan nama barunya Putri Noor Amelia Thripura Henderson binti Abdullah sah bergelar isteri kepada Tunku Harunnarasheed Putra, 29, anak kepada Tunku Bendahara Kedah, Almarhum Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Toh Puan Noor Suzanna pada 14 Ogos 2015, yang bertempat di Carcosa Seri Negara.

 

Sumber: Wikipedia



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post