Dakwaan kononnya atlet paralimpik tidak diberi layanan adil oleh kerajaan, jawapan Khairy Jamaluddin buat netizen yang menghentam terdiam

Penjelasan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamalu­ddin mengenai atlet paralimpik negara yang kononnya tidak mendapat layanan sewajarnya daripada kerajaan berban­ding-atlet negara yang berjaya memperoleh pingat di Sukan Olimpik Rio 2016 membuatkan netizen ‘terdiam’.

Beberapa hari sebelum ini, netizen ghairah berkongsi di laman sosial me­ngenai kononnya kerajaan gagal membantu atlet paralimpik seperti pelari pecut paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi.

Dakwaan kononnya atlet paralimpik tidak diberi layanan adil oleh kerajaan, jawapan Khairy Jamaluddin buat netizen yang menghentam terdiam

Dakwaan kononnya atlet paralimpik tidak diberi layanan adil oleh kerajaan, jawapan Khairy Jamaluddin buat netizen yang menghentam terdiam

Khairy berkata, sebenarnya Sukan Paralimpik 2016 yang dianjurkan di Rio belum bermula lagi, malah kontinjen Paralimpik Malaysia belum berlepas lagi (berlepas hari ini) dan beliau baharu berjumpa dengan atlet tersebut semalam.

Katanya, belum ada atlet yang menang pada Paralimpik 2016 kerana temasya tersebut belum bermula lagi.

“Ada yang baru jumpa video Mohamad Ridzuan yang telah menang pingat emas dalam acara 100 meter, mereka kongsi video ini seolah-olah kemena­ngan itu baru berlaku.

“Sebenarnya, video ini dari tahun 2015 dalam Kejohanan Dunia Olahraga Para bukannya di Paralimpik 2016,” kata Khairy melalui laman Facebooknya.

Menurut Khairy, sejak beliau dilantik menerajui Kementerian Belia dan Sukan, atlet para­limpik seperti Ridzuan diberikan imbuhan dan insentif yang sama rata seperti atlet biasa.

Malah, jelasnya, Ridzuan telah memenangi anugerah di Anugerah Sukan Negara 2015 yang di­siar secara langsung di televisyen dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

“Ridzuan juga diangkat sebagai anak muda terbilang di Perhimpunan Pemuda UMNO,” jelasnya.

Khairy berkata, semalam sewaktu beliau berjumpa kontinjen paralimpik negara beliau mengulangi komitmen bahawa nilai pingat mereka sama dengan pingat di Olimpik.

Sumber: Utusan



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post