Datuk Bandar KL dedah orang awam sokong kenaikan kadar parkir di KL

Datuk Bandar KL Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz berkata beliau mendapat maklum balas bahawa orang ramai menyokong kadar harga baru tempat letak kereta di ibu kota.

Datuk Bandar KL : Orang ramai suka parkir naik harga

Datuk Bandar KL : Orang ramai suka parkir naik harga

Datuk Bandar KL : Orang ramai suka parkir naik harga

Katanya, maklum balas itu diperoleh daripada penduduk di Bangsar dan Taman Tun Dr Ismail.

“Banyak orang awam yang menyokong kenaikan harga temapt letak keretaini tetapi press (akhbar) pula tak sokong, mungkin sebelah sana saya tak tahulah.

“Tapi hakikatnya ada peluang orang nak masuk parkir itu yang kedua.

“Bila parkir itu meningkat dan kita kawal, banyak peluang orang parkir terutamanya di Bangsar.

“Dulu double parking, sekarang dah ada ruang untuk orang parkir. Penduduk Bangsar suka dan juga penduduk TTDI,” katanya.

Amin berkata kepada pemberita dalam sidang media Perbarisan Hari Penguat Kuasa ke-47 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Beliau mengulas tindakan pembangkang yang menghantar memorandum bantahan kepada DBKL berkenaan bayaran baru tempat letak kereta di ibu kota yang disifatkan terlalu mahal.

Memorandum itu berserta 11,000 tanda tangan petisyen rakyat Malaysia yang dikumpul melalui laman atas talian.

memorandum itu antara lain menyebut orang ramai mengadu bahawa mesin parkir hanya menerima duit syiling bagi bayaran selama satu jam dan pengguna tidak boleh menetapkannya melalui pecahan waktu.

Mengulas lanjut Amin berkata DBKL kini mengaut keuntungan sehingga sejuta ringgit hasil keuntungan parkir baru itu dan bukan seperti didakwa pembangkang.

“Hasilnya pembangkang kata kita membazir duit dengan parkir baru ini, sebenarnya kita tak keluarkan satu sen pun.

“Kita dapat sebulan antara 700,000 hingga sejuta dengan sistem baru ini,” katanya.

Sementara itu Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Loga Bala Mohan pula berkata rakyat boleh menerima berita itu setelah penjelasan dibuat.

Loga berkata, pembangkang menghantar memorandum bantahan kepada pihak DBKL hanya bagi “menunjukkan bahawa mereka membuat kerja”.

“Kira dah beritahu rakyat kenapa kita perlu naikkan harga parkir dan mereka setuju serta terima.

“Harga parkir baru ini telah pun dikekalkan. Jadi memanglah dia (pembangkang) nak kena buat kerja sikit. Dia nak bagi memorandum, bagilah,” katanya.

DBKL meningkatkan kadar parkir kepada hampir 150 peratus di kawasan pusat perniagaan (CBD) mulai 8 Julai lalu.

Ia menjejaskan kawasan-kawasan seperti Bukit Bintang, Sri Hartamas, Desa Hartamas, Bukit Damansara, Solaris Mont Kiara, Taman Tun Dr Ismail dan Bangsar.

Berikutan bantahan orang ramai, DBKL kemudiannya menyelaraskan kadar letak kereta mengikut jam di kawasan-kawasan berkenaan dari RM2 sejam kepada RM1.50 untuk jam yang pertama, dan RM3 kepada RM2.50 untuk jam kedua dan seterusnya.

Bagi kawasan di luar pusat bandar tetapi mempunyai aktiviti tinggi seperti Sentul, Bangsar dan Brickfields, caj yang dikenakan untuk jam pertama dan seterusnya adalah RM1.

Manakala bagi kawasan di luar pusat bandar seperti Segambut, Taman Tun Dr Ismail, Setiawangsa, Sungai Besi dan Bandar Tun Razak, kadar untuk jam pertama dan seterusnya adalah RM0.80.

Tahun lalu, DBKL telah melantik Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), cabang kebajikan Kementerian Wilayah Persekutuan, untuk menguruskan sistem letak kereta di Kuala Lumpur.

Bawah perjanjian itu, YWP akan membayar 35 peratus atau RM600,000 daripada pendapatan kasar kutipan letak kereta kepada DBKL setiap bulan.

 

Sumber: Malaysiakini



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post