Ibu terkejut bayi 11 bulan hilang dari dakapan rupanya diculik dan dirogol dalam hutan

Seorang ibu mengalami kejutan yang amat sangat apabila bayinya yang berusia 11 bulan hilang dari dakapannya ketika mereka sekeluarga sedang tidur, dan selepas dua jam bayi perempuan itu didapati telah dirogol.

Bayi 18 Bulan Diculik Dan Dirogol

Bayi 18 Bulan Diculik Dan Dirogol

Kejadian itu berlaku di kawasan pembinaan di Delhi, India.

Ketika itu si ibu sedang nyenyak tidur dengan bayinya berserta suami dan seorang lagi anak mereka.

Namun alangkah terkejutnya apabila si ibu yang berusia 25 tahun itu mendapati bayinya telah hilang. Bayi itu ditemui di dalam hutan berhampiran kawasan berkenaan selepas dua jam dengan baju yang terkoyak dan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Dia kini dirawat di hospital Deen Dayal Upadhyay .

“Apabila saya bangun, dia sudah tiada. Saya tidak tahu apa yang membangunkan saya tetapi saya menjerit sekuat hati,’’ kata wanita terbabit yang tidak didedahkan identitinya.

Wanita itu kini bimbang anak perempuannya itu akan mengalami masalah kesihatan untuk jangka panjang.

Mereka sekeluarga menetap di khemah berkenaan memandangkan ia dekat dengan tempat kerja suaminya.

Kesempitan hidup juga memaksa mereka sekeluarga hanya tidur dalam khemah.

“Kami tidak sangka ini yang berlaku. Kami sangkakan kami selamat. Kami tidak melakukan sebarang kesalahan dan tidak pernah bergaduh dengan sesiapapun,’’katanya.

Dalam pada itu, polis mengesahkan seorang lelaki telah ditahan di dalam hutan selepas dua jam jenayah berkenaan dilakukan.

 

Sumber: Mynewshub.cc



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post