Isteri mangsa go-kart Siti Suhaiza Seman mahu tuntut bela atas kematian suami dan anak

Mangsa kemalangan dalam Pertandingan Automotif dan Inovasi Pendidikan 2016 (EIMARACE 2016), Siti Suhaiza Seman, 38, berharap kematian suami, Izwan Isa, 39 dan anaknya, Nurzulaikha, 5, diberikan keadilan sewajarnya.

‘Cari keadilan untuk saya dan mereka…’ – Siti Suhaiza Seman

'Cari keadilan untuk saya dan mereka...' - Siti Suhaiza Seman

‘Cari keadilan untuk saya dan mereka…’ – Siti Suhaiza Seman

Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Indera Mahkota Utama itu berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan sepatutnya sebagai pengajaran kepada pihak berkenaan.

“Kalau perlu saman, samanlah….bukan sebab benci tetapi disebabkan kecuaian. Kalau arwah (Izwan) masih hidup pun dia seorang yang tegas.

“Sewajarnya bertindaklah dan cari keadilan untuk saya dan mereka (Izwan dan Nurzulaikha),” katanya ketika ditemui di kediamannya di Astana Permai, Indera Mahkota, dekat sini, hari ini.

Siti Suhaiza berkata demikian ketika ditemui selepas menerima sumbangan khairat kematian daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang disampaikan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib.

Dalam kejadian 11.30 pagi Ahad lalu, Izwan dan Nurzulaikha terbunuh selepas sebuah kenderaan kart yang bersaing pada EIMARACE 2016 tergelincir dari trek dan merempuh penonton.

Kejohanan itu diadakan di Jalan SUKPA, di sini.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post