Jemaah masjid tak sangka wanita bertudung curi duit tabung masjid

Jemaah Masjid Jamek Simpang Tiga, di sini, tidak menyangka individu yang mencuri duit tabung masjid Isnin lalu adalah seorang wanita.

Tak sangka wanita bertudung curi duit tabung masjid

Tak sangka wanita bertudung curi duit tabung masjid

Tak sangka wanita curi wang tabung masjid

Jemaah terbabit hanya menyedari pencuri berkenaan seorang wanita selepas melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada malam kejadian.

Rakaman menunjukkan kelibat wanita bertudung dan berseluar jeans dilihat berjalan ke arah tabung di ruang solat depan.

Pengerusi kariah, Che Hussain Abdul Rahim berkata, rakaman menunjukkan wanita terbabit mengambil tabung berkenaan pada 5.55 petang.

Katanya, suspek membawa tabung itu ke ruang solat wanita dan mengambil wang dianggarkan RM500.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post