Kimia berbahaya diharamkan dalam sabun mandi, tapi dibiarkan dalam Colgate Total !

Baru-baru ini pihak berkuasa kawalan ubat Amerika Syarikat melarang sejenis kimia anti bakteria dalam pembuatan sabun. Namun bahan itu masih digunakan dalam Colgate Total, satu-satunya produk ubat gigi yang dilaporkan masih mempunyai bahan kimia itu di negara tersebut.

Sabun diharam guna kimia ini tapi masih ada dalam Colgate Total?

Colgate Total

Sabun diharam guna kimia ini tapi masih ada dalam Colgate Total? – Sumber gambar dari www.nytimes.com

Pentadbiran Ubat-ubatan dan Makanan (FDA) mengharamkan “triclosan” dalam sabun dan mandian badan awal bulan ini tetapi membiarkan kimia berbahaya ini dalam ubat gigi, pewangi dan kosmetik, lapor Huffington Post  kelmarin.

Keputusan larangan ini diambil selepas badan itu yakin mudarat kimia antibakteria ini melebihi kebaikannya.

Tindakan itu dimulakan dengan meminta pengeluar-pengeluar sabun menyatakan triclosan itu memang baik melalui kajian mereka sendiri selama tiga tahun.

Namun, pengeluar Colgate Total dibenarkan terus menggunakan triclosan dalam ubat gigi itu, lapor The New York Times pula.

Pengeluar ubat gigi yang laris ini mampu meyakinkan FDA bahawa kimia tersebut membawa lebih banyak kebaikan dari keburukan, khususnya mengurangkan plak dan penyakit gusi.

Bagi pengkritiknya, keputusan FDA ini tidak masuk akal. Triclosan boleh masuk ke dalam badan melalui sabun, kata profesor Rolf Halden seperti dilaporkan.

Tetapi melalui gusi, tambahnya, “kimia itu diserap masuk ke dalam sistem darah dengan cepat.”

Colgate-Palmolive mempertahankan keputusannya mengekalkan triclosan dengan berkata syarikat itu menjalankan 100 kajian dan terus memantau kesannya setiap tahun.

“Bukti sains keseluruhannya yang terkumpul selama 25 tahun terus menyokong keselamatan dan keberkesanan Colgate Total,” kata jurucakapnya Thomas DiPiazza minggu lalu.

Triclosan asalnya digunakan oleh doktor untuk membersihkan tangan sebelum pembedahan.

Namun pada 1990-an, ketika kerisauan pada kuman meningkat, kimia ini mula digunakan pada sabun, pewangi badan, pencuci pakaian dan malah mainan kanak-kanak.

Sekarang kimia antikuman, termasuk triclosan, dibimbangi mendorong evolusi kuman yang lebih kuat dan sukar dihapuskan atau “superbugs” yang rintang pada bahan kimia.

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post