Malaysia catat kutipan wayang tertinggi di Asia Tenggara, tapi semuanya untuk filem asing

Malaysia mencatatkan kutipan wayang tertinggi di Asia Tenggara namun ramai menonton filem asing, kata Persatuan Sutradara Filem Malaysia (Fdam).

Naib presidennya, Syed Zulkifli Syed Masir berkata senario itu berbeza dengan penonton negara lain di Asia Tenggara apabila mereka lebih gemar menonton filem tempatan.

Malaysia catat kutipan wayang tertinggi di Asia Tenggara, tapi semuanya untuk filem asing

Malaysia catat kutipan wayang tertinggi di Asia Tenggara, tapi semuanya untuk filem asing

“Filem pecah panggung pada 2014 seperti Transformers: Age of Extinction dan The Hobbit menerima jumlah kutipan lebih tinggi di Malaysia berbanding Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina.

“Maknanya pasaran Malaysia lebih besar berbanding negara jiran tetapi jumlah kutipan filem tempatan sangat rendah berbanding filem tempatan,” katanya dalam satu wawancara bersama ProjekMMO.

Kajian Fdam mendapati sebanyak 61 juta tiket wayang terjual di Malaysia pada 2014 menerusi 30 juta populasi penduduk.

Indonesia pula mencatatkan jualan 50 juta tiket wayang menerusi 250 juta penduduknya pada tahun sama. 

Jualan lebih rendah dicatatkan Filipina iaitu 34 juta tiket menerusi 102 juta penduduknya.

Thailand mencatat jualan paling rendah iaitu 23 juta tiket dalam 65 juta penduduk negaranya.

Zulkifli berkata, KL Gangster pernah menduduki tangga 10 teratas kutipan filem tertinggi di Malaysia pada 2011.

Katanya, filem arahan Syamsul Yusof itu menduduki tangga kesembilan mengalahkan filem Hollywood seperti Thor, X-Men, Green Hornet dan Captain America.

“Walaupun kutipan filem negara jiran lebih rendah dari Malaysia tetapi filem mereka sering menduduki tangga 10 teratas.

“Filem Thailand, Singapura dan Filipina pernah menduduki tangga kedua dan ketiga senarai kutipan 10 filem teratas.

“Filem Singapura, Ah Boys to Men duduk nombor dua pada 2013 dari segi kutipan,” katanya merujuk filem arahan Jack Neo yang mendapat kutipan S$6.3 juta (RM19,047,500).

Berdasarkan rekod, KL Gangster mencatatkan kutipan RM11.74 juta tewas kepada Munafik (RM19 juta) dan Boboiboy: The Movie (RM17.48 juta), dua filem yang ditayangkan pada tahun ini.

Pengarah popular dengan nama Syed Zul Tojo berkata, kajian yang dijalankan Fdam mendapati lebih 55 faktor menjadi penarik penonton hadir ke pawagam.

Katanya, Hijabsta Ballet filem arahannya akan menemui penonton tidak lama lagi cuba mengaplikasikan beberapa elemen kajian berkenaan. 

“Kami cuba gunakan persamaan ini dalam Hijabsta Ballet. Filem ini bukan filem eksperimentasi tetapi ia merupakan filem kajian pertama yang orang tidak pernah buat.

“Jadi dari sana kita dapat tahu di mana silapnya dan kita buat kajian berdasarkan plot cerita dan data yang diambil dari Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina,” katanya.

Sumber: Malay Mail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post