Mangsa Tsunami Kota Kuala Muda 12 tahun lalu trauma fenomena air pasang besar bawa ombak setinggi 3 meter

Mangsa tsunami 12 tahun lalu dari beberapa buah kampung di sini cemas apabila fenomena air pasang besar luar biasa membawa ombak setinggi 2.9 meter melanda kampung mereka sejak malam tadi.

Difahamkan, bermula jam 1 tengah hari, laut bergelora dengan keadaan ombak menggulung tinggi sebelum menghempas ke darat, sehingga menyebabkan rumah penduduk kampung berdekatan ditenggelami air dalam tempoh hanya kurang setengah jam.

Mangsa Tsunami Kota Kuala Muda 12 tahun lalu trauma fenomena air pasang besar bawa ombak setinggi 3 meter

Mangsa Tsunami Kota Kuala Muda 12 tahun lalu trauma fenomena air pasang besar bawa ombak setinggi 3 meter

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Masjid, Md Tahir Hassin berkata, kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam, keadaan ombak agak luar biasa dari fenomena air pasang biasa membolehkan pusat penempatan dibuka.

“Sejak tsunami berlalu, ini kejadian luar biasa yang pernah dialami kerana ombak setinggi 2.9 meter melebihi ketinggian manusia berlaku dan air pasang pula berulang dalam tempoh 12 jam.

“Kejadian pertama (air pasang masuk ke rumah) berlaku kira-kira 1.30 tengah hari dan kejadian kedua pada 1.30 pagi tadi,” katanya.

Melihatkan fenomena luar biasa yang belum pernah dialami dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini, membolehkan beliau memohon agar pusat penempatan dibuka bagi menempatkan mangsa terjejas.

Menurut Md Tahir, sebagai langkah berjaga-jaga, pihaknya memohon mangsa yang pulang ke rumah masing-masing sentiasa berwaspada kerana dijangka air pasang besar luar biasa akan melanda kembali kawasan berkenaan pada bila-bila masa.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (Apam) Kuala Muda, Azahar Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung fenomena air pasang besar daerah Kuala Muda yang berlaku kelmarin dan bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, tiga buah pusat penempatan telahpun dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan Seri Kuala, Dewan Orang Ramai Kampung Paya dan Surau Kampung Sungai Yu.

“Sehingga jam 12 tengah hari, kita menerima laporan sejumlah 113 buah keluarga terjejas dengan bilangan 432 mangsa dipindahkan di ketiga-tiga buah pusat pemindahan sejak ia dibuka jam 3 petang Ahad,” katanya.

Menurutnya, setakat jam empat petang, pusat pemindahan masih dibuka untuk kemudahan mangsa.

Sumber: Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post