Nanas Sarawak jadi ulat bulu dan berbadan naga, petani hairan dan terkejut

Nanas Sarawak, yang popular dengan manisnya, milik seorang petani di sini bertukar ganjil apabila ia berbentuk “ulat bulu” atau “belakang naga”. Keratan akhbar menunjukkan foto nanas berbuah ganjil di kebun Saw Sin Hock di Kampung Bukit Sebukor, MelakaSaw Sin Hock, 71, yang sedang memeriksa kebunnya di Kampung Bukit Sebukor di sini terkejut apabila ternampak tanaman itu minggu lalu, lapor Harian Metro hari ini.

Nanas Sarawak jadi ulat bulu dan berbadan naga, petani hairan dan terkejut

Nanas Sarawak jadi ulat bulu dan berbadan naga, petani hairan dan terkejut

 

“Ketika asyik memeriksa pisang, saya terpandang nanas itu.

“Bentuknya seperti ulat bulu dan pada sisi berlainan, ia tidak ubah bahagian belakang naga,” katanya.

“Bentuk buah ini berlengkok-lengkok dan buahnya bercambah tiga tidak seperti nanas normal iaitu hanya sebiji serumpun.

“Ini kali pertama saya lihat tumbuhan pelik seumur hidup.”

Tambahnya, 200 benih nanas Sarawak yang ditanamnya setahun lalu “baka liar” yang boleh tumbuh tinggi sehingga kira-kira dua meter.

“Paling istimewa, nanas ini mengeluarkan bau wangi dan saya yakin ia membawa tuah,” katanya.

Saw juga berkata buah nanasnya boleh mencecah berat sehingga tujuh kilogram sebiji dan tahan sehingga empat bulan sebelum dimakan.

Sumber: Projek MMO Malay Mail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post