Pam minyak tersangkut dilarikan kereta kancil di Johor Bahru

SEJAK pagi ini, gambar sebuah kereta Perodua Kancil yang dilihat ‘tersekat’ dengan pemegang pam minyak mendapat pelbagai reaksi lucu daripada netizen di media sosial.

Pam Minyak Tersekat Dilarikan Kancil

Pam Minyak Tersekat Dilarikan Kancil

Visual berkenaan dipercayai dirakam di Taman Universiti, Johor Bahru, namun tidak dapat dipastikan tarikh sebenar kejadian tersebut.

Menerusi gambar, pemandu berkenaan yang menggunakan kereta pusat latihan memandu itu mungkin terlupa menarik pemegang pam ketika berada di stesen minyak, lalu mambuatkan ia ‘ikut sama’.

Lucu! Pam Minyak Tersekat Dilarikan Kancil

Rata-rata netizen menyifatkan perkara tersebut kemungkinan adalah tidak disengajakan.

Apa-apa pun, sebagai peringatan kepada semua, aksi dipaparkan ini sebenarnya adalah berbahaya lagi-lagi pam minyak berkenaan masih meninggalkan saki baki minyak pada gelung hos yang boleh menghasilkan percikan api.

Sumber: MYNEWSHUB.CC



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post