Peguam AS dinafikan hak jumpa anak guamnya Anwar Ibrahim di penjara, Kimberly Motley jalankan kes tanpa bayaran

Peguam tersohor Amerika Syarikat, Kimberly Motley berharap dapat bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi petang ini selepas tidak dibenarkan berjumpa dengan anak guamnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di penjara Sungai Buloh.

Dinafikan hak, Peguam AS wakili Anwar mahu temui TPM

Dinafikan hak, Peguam AS wakili Anwar mahu temui TPM

Motley dilantik oleh Anwar untuk membantu beberapa kes yang sedang berlangsung, termasuk kajian semula sabitan liwatnya pada bulan Februari 2015.

Baca artikel sebelum: Peguam AS, Kimberly Motley dedah terdapat banyak bukti Anwar tidak lakukan liwat

Menurut Raul Lee Bhaskaran dari firma undang-undang Daim & Gamany yang mewakili Anwar dalam beberapa permohonan itu, firma tersebut telah menulis kepada Jabatan Penjara pada 10 September lalu untuk mendapatkan kebenaran supaya Motley boleh berjumpa dengan bekas pemimpin pembangkang itu.

Walau bagaimanapun, permohonan mereka ditolak.

“Motley menjalankan kes-kes itu secara pro-bono (tanpa bayaran),” kata Raul kepada Malaysiakini.

Beliau berkata surat memohon pertemuan dengan Zahid telah difakskan serta dihantar dengan tangan ke pejabatnya, tetapi tiada tindak balas setakat ini.

Motley, seorang graduan lulusan Marquette Law School pada tahun 2003, berkhidmat di Amerika Syarikat dan Afghanistan. Beliau juga telah menjalankan kerja penyelidikan dalam bidang keadilan juvana yang mendapat laporkan di peringkat antarabangsa.

Beliau juga membantu melatih ratusan peguam Afghanistan.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun.

 

Sumber: Malaysiakini



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post