Penagih dadah culik dan rogol budak sekolah akhirnya dicekup polis

Setelah hampir sebulan menyembunyikan diri, akhirnya penagih dadah yang diburu polis kerana terlibat menculik dan merogol seorang murid berusia 11 tahun pada 29 Ogos lalu berjaya ditangkap hari ini.

Penagih dadah culik dan rogol budak sekolah akhirnya dicekup polis

Penagih dadah culik dan rogol budak sekolah akhirnya dicekup polis

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk S. Dev Kumar berkata, sepasukan anggota polis diketuai Inspektor Nixon Malang berjaya mengesan suspek ketika menunggang motosikal di Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Kidurong di sini pada pukul 3.45 petang .

Menurutnya, suspek yang menyedari kehadiran polis bertindak meninggalkan motosikal dan cuba melarikan diri, namun gagal.

“Polis yang mengejar suspek berjaya memberkas lelaki berkenaan. Semasa ditahan, suspek dipercayai berada dalam keadaan khayal ekoran pengambilan dadah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bapa mangsa membuat laporan polis selepas anaknya mengikut suspek berusia 23 tahun dan tidak bekerja, membonceng motosikal lelaki itu ke Sungai Tenggang, Pantu, Sri Aman untuk membeli makanan.

Walau bagaimanapun, suspek yang hanya mengenali keluarga mangsa selama dua minggu telah membawa murid terbabit ke Engkili untuk dirogol di sebuah rumah tidak berpenghuni dan bermalam selama dua hari sebelum tidur di rumah kawan suspek di San Raba, Sri Aman pada 29 Ogos.

Keesokan hari, mangsa ditinggalkan di rumah itu dan kawannya telah memaklumkan kepada polis lalu dibawa membuat pemeriksaan ke atasnya di Hospital Umum Sarawak (HUS) yang mengesahkan kanak-kanak itu dirogol.

Mengulas lanjut, Dev Kumar berkata, sepanjang hampir sebulan, pasukan JSJ Bahagian  D8 (Operasi Khas) dan D9 (Siasatan Khas) negeri yang digerakkan bagi mengesan suspek  di beberapa lokasi gagal menemukan lelaki berkenaan.

“Pasukan ini bekerja tanpa penat mengesan suspek dan akhirnya berjaya membawa pelaku jenayah kekerasan terhadap wanita dan kanak-kanak ini ke muka pengadilan,” ujarnya.

Beliau memberitahu, penangkapan suspek diharap dapat memberi sedikit kelegaan kepada mangsa dan keluarga.

Sumber: UTUSAN ONLINE

 

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post