Penggodam guna instagram Nabil 1.2 juta followers untuk promosi bisnes

Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad memberitahu penggodam akaun Instagram Nabil telah menggunakan profilnya yang mempunyai 1.2 juta pengikut untuk tujuan perniagaan bagi mempromosikan produk.

Penggodam Jadikan Instagram Nabil 1.2 juta followers Untuk Promosi Produk

Penggodam Jadikan Instagram Nabil Promosi Produk

Penggodam Jadikan Instagram Nabil Promosi Produk

Nabil Ahmad, 33, berkata, dia juga telah cuba mendapatkan kembali akaun berkenaan dengan melaporkan perkara itu kepada pihak Instagram namun usaha itu masih belum berhasil.

“Sejak semalam lagi apabila saya buka akaun itu pihak penggodam telah menggunakan profil tersebut bagi tujuan promosi produk dan ia telah pun disenaraikan untuk dijual.

“Cubaan mendapatkan kembali akaun berkenaan juga tidak berjaya kerana e-mel profil berkenaan ditukar selain laporan kepada Instagram masih belum mendapat sebarang respons,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.

Terdahulu, Nabil yang berkongsi akaun berkenaan bersama isterinya, Nazirah Ayub kehilangan 1.2 juta pengikut Instagram selepas ia digodam pada petang Selasa lalu.

Sebelum ini, beberapa selebriti popular seperti Emma Maembong, Mia Ahmad dan Jihan Muse pernah mengalami nasib sama apabila akaun Instagram mereka turut menjadi mangsa penggodam.

Dalam pada itu, Nabil berkata, dia dan isterinya hanya menyedari akaun mereka digodam apabila isterinya gagal memasukkan kata laluan yang telah ditukar.

Kata Nabil, kehilangan akaun berkenaan juga menyebabkan mereka tidak dapat memuat naik gambar atau video promosi untuk klien yang membeli iklan daripada mereka.

“Akaun itu sebenarnya lebih kepada perkongsian kami tentang anak-anak dan ia diuruskan oleh isteri saya.

“Selain itu kami juga ada membuka iklan kepada sesiapa yang ingin mempromosikan produk atau perkhidmatan dan kejadian tersebut menyebabkan pelanggan kami terjejas,” katanya.

Sementara itu, Nabil berkata, dia sudah pun membuka Instagram baharu menggunakan nama @nabilazira dan meminta bantuan rakan-rakan artis untuk menghebahkan tentang kewujudan profil baharu itu kepada peminat mereka.

“Sejak akaun itu dibuka kami telah berjaya mendapat kembali lebih daripada 8,000 pengikut,” ujarnya.

 

Sumber artikel dari: MStar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post