Rakyat Malaysia, Raejali Buntut dipenjara 2 minggu di Singapura kerana palsukan pas masuk mudah alih untuk transit 18 hari di Lapangan Terbang Changi

Seorang penganggur warga Malaysia dijatuhi hukuman penjara dua minggu, selepas mengaku bersalah terhadap 3 daripada 31 dakwaan memalsukan pas masuk mudah alih ke beberapa ruang rehat di Lapangan Terbang Changi.

Raejali Buntut yang tertidur di ruang rehat lapangan terbang itu sehingga terlepas penerbangan AirAsia ke Kuala Lumpur, memutuskan terus berada di kawasan transit pelepasan pada 21 Ogos lalu.

Rakyat Malaysia, Raejali Buntut dipenjara 2 minggu di Singapura kerana palsukan pas masuk mudah alih untuk transit 18 hari di Lapangan Terbang Changi

Rakyat Malaysia, Raejali Buntut dipenjara 2 minggu di Singapura kerana palsukan pas masuk mudah alih untuk transit 18 hari di Lapangan Terbang Changi

Akhbar The Straits Times hari ini melaporkan Raejali Buntut yang tertidur di ruang rehat lapangan terbang itu sehingga terlepas penerbangan AirAsia ke Kuala Lumpur, memutuskan terus berada di kawasan transit pelepasan pada 21 Ogos lalu.

Selama 18 hari, iaitu sehingga Rabu lalu, lelaki itu terus berada di ruang transit dengan menggunakan 31 pas masuk mudah alih palsu untuk memasuki beberapa ruang rehat di terminal tersebut, lapor akhbar itu.

Menurut laporan itu, mahkamah daerah pada Jumaat lalu dimaklumkan, lelaki berusia 33 itu mendaftar masuk hampir tengah malam dan terus ke Plaza Premium Lounge di Terminal 1 (T1) menggunakan pas masuknya serta pas Priority yang dikeluarkan Citibank.

Mahkamah bagaimanapun tidak diberitahu sebab bekas pengurus pembangunan perniagaan di Royale Consultant Management itu mahu terus berada di lapangan terbang tersebut.

Menurut laporan itu lagi, memandangkan pas masuknya tamat tempoh, Raejali memalsukan pas berkenaan dengan memuat turun imej pas masuk mudah alih yang dikeluarkan dua syarikat penerbangan – Cathay Pacific dan Singapore Airlines – daripada Internet menggunakan komputer ribanya.

Raejali kemudian memasukkan namanya, nombor palsu penerbangan serta destinasi palsu pada pas masuk mudah alih itu sebelum menghantarnya kembali ke telefon bimbitnya.

Laporan akhbar itu turut menyatakan Raejali menggunakan pas itu untuk masuk ke Plaza Premium Lounge, Sats Premier Lounge dan Dnata Lounge di T1 sebelum ke Ambassador Transit Lounge di Terminal 3.

Selasa lalu, menurut akhbar berkenaan, seorang petugas di Dnata Lounge menghubungi polis selepas curiga dengan Raejali yang cuba masuk ke premis sama buat kali ke-4.

Laporan itu turut menyebut hukuman Raejali itu berkuat kuasa dari tarikh remannya pada Jumaat lalu dan dia boleh dipenjara 4 tahun dan dikenakan denda bagi setiap pertuduhan.

Sumber: FMT



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post