Rayuan terakhir 4 lelaki bersalah bunuh Datuk Sosilawati Lawiya

Mahkamah Persekutuan menetapkan pendengaran rayuan empat lelaki yang didapati bersalah membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pembantunya, selama tujuh hari bermula 31 Oktober depan.

Kes bunuh Sosilawati Lawiya : Rayuan terakhir

Kes bunuh Sosilawati Lawiya : Rayuan terakhir

Kes bunuh Sosilawati Lawiya : Rayuan terakhir

Peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili seorang perayu, R Matan mengesahkan tarikh pendengaran rayuan anak guamnya ditetapkan dari 31 Oktober hingga 8 November, kecuali pada hujung minggu.

Tarikh pendengaran itu ditetapkan semasa prosiding pengurusan kes yang lalu, di depan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Persekutuan, pada 9 Jun tahun ini.

Proseding di Mahkamah Persekutuan itu itu adalah rayuan terakhir mereka

Bekas peguam, N Pathmanabhan, pekerja ladang T Thilaiyalagan, Matan, dan R Kathavarayan dijatuhi hukuman mati mandatori oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25 Mei 2013, kerana membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank, Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Mereka didapati bersalah melakukan jenayah itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat antara 8.30 malam hingga 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Sosilawati dan tiga pembantunya dilaporkan hilang selepas mereka didakwa ke Banting untuk urusan tanah.

Pathmanabhan, 46, pekerja ladang T Thilaiyalagan, 24, Matan, 25, dan R Kathavarayan, 36, gagal dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan pada 4 Disember lalu.

Seorang daripada anggota panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat berkata, rayuan keempat-empat perayu ditolak kerana terdapat bukti langsung menunjukkan Sosilawati dan pembantunya berada di ladang milik Pathmanabhan iaitu lokasi pembunuhan.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post