Risiko langgar murid depan sekolah boleh dikurang jika pemandu patuhi had laju 30km/h

Risiko kemalangan maut di kawasan sekolah boleh dikurangkan jika semua pengguna jalan raya mematuhi had laju ditetapkan iaitu 30 kilometer sejam.

Malangnya, Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kelantan, Faridatul Nadya Mohamed Yusoff, berkata rata-rata pengguna alpa dengan peraturan itu walaupun pelbagai kempen sudah diadakan.

Kawasan sekolah 30km sejam

Kawasan sekolah 30km sejam

“Masih ada pengguna yang bersikap pentingkan diri di jalan raya, sekali gus meningkatkan risiko kemalangan.

“Selain itu, bagi memastikan keselamatan murid dan pelajar ketika mereka melintas jalan, terdapat papan tanda berhenti serta bonggol sebagai isyarat memperlahankan kenderaan, namun masih ada pengguna yang tidak mematuhinya,” katanya.

Beliau ditemui pada majlis perasmian Program Perjalanan Selamat Pejalan Kaki anjuran JKJR Negeri Kelantan Kali Ke-2 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas, di sini, hari ini.

Seramai 110 peserta menyertai program itu membabitkan 60 pelajar dari SMK Tanjong Mas, 20 dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjong Mas dan 30 lagi dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) Chung Hwa.

Mereka diberi pendedahan cara berjalan dengan betul iaitu melawan arah kenderaan selain penggunaan topi keledar ketika menunggang motosikal.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post