“Setakat Marc Jacobs, Coach, Kate Spade ni dia tak main la” Aku anak orang kaya dan ini luahan aku – Lady N

“Setakat Marc Jacobs, Coach, Kate Spade ni dia tak main la” Aku anak orang kaya dan ini luahan aku – Lady N| Assalamualaikum semua. Terima kasih admin approve confession aku.

"Setakat Marc Jacobs, Coach, Kate Spade ni dia tak main la" Aku anak orang kaya dan ini luahan aku - Lady N

“Setakat Marc Jacobs, Coach, Kate Spade ni dia tak main la” Aku anak orang kaya dan ini luahan aku – Lady N

Sebelum aku masuk cerita, aku harap semua boleh baca dengan fikiran terbuka dan buang judgement jejauh. Kalau comment, I would appreciate buah fikiran dan lontaran pendapat masing-masing tentang cerita aku ini. Ok bismillah.

 

Aku anak orang kaya. Hari ni aku nak luahkan rimas aku dengan ketaksuban manusia dengan material semata. Taksub level dia aku tak reti nak explain macam mana. Tapi perkataan taksub tu sendiri dah menggambarkan situasi. Sebenarnya aku tak tau pun upbringing aku ni mewah. Sampai la satu masa tu bila aku dah mula mengenal mereka-mereka yang tak sama berada nya. Mula-mula aku ingat semua orang dalam dunia ni sama. Kereta lima enam biji, rumah agam siling berukir bagai. Rupa-rupanya tak begitu semuanya. Mak abah aku low profile orangnya. Boleh kata kalau orang tengok, takkan terlintas pun diorang ni duduk rumah agam. Mungkin ada segelintir yang wondering, “kaya sangat ke?” aku tak perlu jelaskan panjang, tapi cukuplah aku kata kaya material dan sedang mencuba untuk jadi kaya rohani.

Long story short, aku sebagai perempuan biasa, mesti ada keinginan nak berdandan, barang mahal kan? Benda ni mula sejak aku masuk sekolah menengah. Aku nampak kawan meja sebelah pakai pencilbox Roxy, Oreef, Quicksilver, aku mula mengecek mak aku. Zaman tu tiga brand ni popular la dalam kalangan remaja. Mak aku tak bagi. Dia suruh aku pakai pencil box yang dia belikan dari Popular. Semua benda mahal yang aku nak, semua tak dapat. Flip phone Motorola hot pink tu, brapa kali aku mintak. Jauh sekali. Aku banyak memberontak masa zaman sekolah menengah dulu. Semua sebab nak sama dengan kawan. Ye la sekolah perempuan lain macam sikit clique dia. Kau tak kaya, takda barang-barang cool, kira tak hip, very lame kononnya. Time tu aku tak faham kenapa mak abah aku buat aku macam ni sedangkan diorang mampu. Aku pernah tanya abang-abang aku, aku ni anak angkat ke sebab mak abah tak bagi semua aku mintak? Abang aku selamba je jawab “KAU TU YANG TAMAK. DENGAN KITORANG MAK ABAH RILEKS JE SEBAB KITORANG TAK MINTAK APA-APA” almaklum, aku perempuan tunggal, bongsu pulak tu. Faham-fahamla perangai. (dulu) So aku end up kawan dengan budak yang biasa2 je. Yang gang cool ni semua kaya, tak pun acah kaya. Ada prom night bukan main dia spend ratus-ratus untuk dress. Aku pernah try nak join diorang. Pergi shisha tempat up, celebrate new year, party, pergi Sunway Summer Splash pakai bikini (mak and wali-wali aku tak tau sampai sekarang kalau tau kiamat dunia aku weh), SEMUA sebab nak fit in. Tapi at one point aku penat. aku sedar yang geng cool ni memang nak nampak hidup diorang lavish, sampai tak terikut. Aku mula nampak, mereka berkawan sebab kawan tu kaya. Oh, sepanjang aku dalam proses cubaan nak join diorang, aku tak pernah tunjuk aku anak orang berada. Ye la mak abah aku tak bagi. Disebabkan aku mula nampak the wrongs in the friendship, aku mula menyendiri tapi mujur, ada kawan-kawan sejati dari “budak-budak biasa” ni sentiasa dengan aku.

Meningkat dewasa, mak abah mula bawak aku pergi event. Kalau pergi event ni haa. ni lain sikit cara dia. Kalau perempuan, sekali datang event tu total from top to toe maunya lebih seratus ribu total. Semua branded. By “branded”, I mean really, high end. Setakat Marc Jacobs, Coach, Kate Spade ni tak main dia. We go Balenciaga, Cartier, Chopard, Jimmy Choo, Hermes, Louboutin, Bvlgari, YSL, Chanel, Bottegga, Boucheron, Roberto Cavalli, the list goes on. Kereta tak payah cakap la. Bentley, Jaguar haa. Tapi aku tak terikut. Kasut aku Forever 21 je pergi event macam tu. Bila duduk dengan cousins, atau anak kepada kawan mak, (let’s call them kupukupu) all they talk about is their accessories. Kau muda2 pakai jam Aigner tu kira hina la di pandangan diorang. Jam kau kena Chanel bertatah berlian baru orang nak duduk semeja dengan kau. Kalau tak, mata pun tak pandang. Aku pernah dilayan macam tu oleh Geng Kupukupu. Mungkin cara aku lilit tudung tak berapa nak class kot. Dia dah nampak aku depan mata at least senyum la ni pandang pun tak. Perasaan tu rasa terpukul jugak mulanya. But after listening to their conversations yang mainly pasal brand, stalk insta budak cun sikit pada dia untuk tengok bag apa dia pakai, kasut apa, semua tu aku rasa cam…weh barang je mahal but your mind is cheap. Kalau korang nak tau apa yang kami anak-anak kepada mak abah yang berada ni bualkan kat events, MOST of the time, pasal brand bag, kasut, latest design, stalk ig Kendall Jenner nak ikut gaya dia, apa paling in trend skarang ni, usha sunglasses Kim Kardashian, Kris Jenner. Kalau tak buat semua ni kat event, maknanya dah habis puas scroll insta berminggu-minggu kebawah, dah prepare barang sebelum event, and present diri dengan perhiasan termahal, thinking that the more expensive your accessories and dresses are, the more beautiful you are. Salah presepsi tu. Aku harap aku mampu untuk betulkan. Tapi bukan senang nak ubah presepsi manusia ni.

Aku fed up dengan perlumbaan yang macam tu. Itu bukan life aku. Tak sebati degan aku. Dunia tu kalau aku kejar, aku akan penat. Sama penat yang aku alami masa sekolah dulu. Sebab aku takkan mampu terkejar. Lagipun yang kaya tu mak abah aku. Bukan aku. Aku suka dunia aku yang satu lagi tu. Yang abah aku kenalkan pada aku just shortly after aku start sekolah rendah. Duni yang lebih ikhlas. Dunia yang menampakkan semua orang ada struggle masing-masing, dan setiap pada kita ada tanggungjawab untuk memperbaiki kehidupan seseorang yang kurang bernasib baik. Aku suka dunia tu sebab penuh dengan warna warni kehidupan. Setiap orang berjalan dalam lane masing-masing. Tak berlumba melampau-lampau. Semua berlumba dengan diri sendiri. Dunia tu, walaupun nampak tak “mahal”, tapi cukup berharga bagi aku. Aku pilih kawan cukup hati-hati. Sepanjang aku dekat IPTA, sorang je kawan aku yang pernah hantar aku balik, dan tengok rumah aku. Aku taknak puji diri sendiri tapi aku dah jumpa bermacam jenis orang dan aku reti baca orang. Jenis yang meterialistik ni aku bukan tak kawan, kawan je. Cuma lebih berhati-hati supaya mereka tak tau status aku. Bukan apa, aku taknak persahabatan tu terjalin atas sebab yang salah. Lagi-lagi sebab harta. Yang sakitnya nanti aku sebab aku sensitip. Lagi satu, abang-abang aku bujang lagi. Mana tau kot-kot tersangkut dengan kawan aku ke. Aku taknak la dapat kakak ipar yang mengkikis harta suami. Abang-abang aku tu dah la jenis baik anak mithali. Tak sanggup aku tengok kalau my brothers fall in the hands of the wrong women. Mintak jauh.

Mungkin ada yang terfikir, kenapa mak abah aku hidup kat luar macam orang biasa-biasa tapi bila ada event pun sama berhias macam yang lain? Ye la. Bosan la hidup ni kalau hidup dengan satu warna je. Kita pergi event boleh bersiap lawa-lawa, nak pakai branded pun pakai la kalai mampu. Tapi tak perlu sampai menghina orang yang tak “setaraf”. Lagipun selagi mana boleh elak jadi hamba duit, selagi tu kita elak. Sebab aku tengok, once kau biarkan duit tu jadi tuan kau, memang parah. Kau nak lawan kertas-kertas tu balik bukan senang. Serious aku cakap. Duit yang dicintai sangat tu, lambat laun boleh jadi musuh dan akan benamkan orang yang tak berjaga-jaga. Kena beringat, kaya tu bukan dari segi duit je. Allah Maha Kaya. Kaya tu boleh jadi macam-macam. Kaya anak, kaya budi, fikir sendiri. Dan yang Kaya, hanya Dia.

Satu lagi. Disebabkan aku tak pernah tunjuk apa yang aku ada (hakikatnya tiada apa-apa, even kereta pun aku kena usaha sendiri), of course IG aku pun tak pernah tayang rumah aku, kereta (mak abah abang) aku. Tapi ada segelintir kawan-kawan geng cool dari sekolah menengah dulu yang acah berharta tu suka sangat upload gambar bag Coach dia. Caption ala2 “too good for you” “you can’t sit with us” Berlagak tu cukup2 la. Sebenarnya aku kesian kat diorang acah-acah high end. Sebab honestly, let me tell you. Victoria’s Secret, Kate Spade, Coach, tak high end. Orang yang ada Birkin berpuluh-puluh pun tak tayang, kau basic Louis Vuitton pun nak megah-megah kat IG. Dah la duduk kat wedding semeja dengan aku un tak pandang. Aku nak tegur, tapi tak sampai hati because you tried so hard to look high end with hopes that people will look up to you but you’re wrong girl, you’re wrong.

Maaf panjang dan agak tak tersusun. Aku bukan penulis yang baik. Tapi aku harap ada isi yang baik yang para pembaca boleh extract dari kisah aku yang rimas dengan ketaksuban manusia berlumba siapa paling kaya. If you can’t afford it, it’s okay. Abaikan pandangan manusia terhadap apa yang kita miliki. Tu semua tak penting. Yang penting, hidup kena bagi manfaat pada orang lain dan bersahabat denagn orang baik-baik . Biar sikit kawan tu, tapi inshaallah till jannah. Okay ini sahaja kali ni. Kalau rajin aku cerita lagi.

– Lady N

Sumber: IIUMC



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post