Shahir Zawawi tak mahu tangguh andai jodoh dengan Erra Fazira

Selepas hampir tiga bulan penyanyi, Shahir Zawawi mengaku intim dengan bintang jelita, Erra Fazira, perkembangan hubungan mereka terus diintai peminat.

Apa yang pasti, ramai berharap hubungan cinta Shahir dan Erra berakhir di jenjang pelamin dengan segera.

Andai jodoh dengan Erra, Shahir Zawawi tak mahu tangguh

Andai jodoh dengan Erra, Shahir Zawawi tak mahu tangguh

Andai jodoh dengan Erra, Shahir tak mahu tangguh

Menghubungi Shahir, bekas juara program realiti, Akademi Fantasia (AF) musim kelapan itu berkongsi perkembangan terbaru terutama hubungannya dengan Primadona Filem Melayu itu.

“Insya-Allah sebagai hambaNya, kita merancang. Soal mendirikan rumah tangga memang sering ditanya.

“Baik kawan saya mahupun Erra, soal bila nak langsung (kahwin) itu acap kali ditanya. Tapi pada akhirnya, ia berbalik kepada ketentuanNya. Memang saya mahu mempercepatkan apa yang sepatutnya,” kata Shahir.

Shahir menambah, hubungannya dengan Erra ketika ini seperti biasa.

“Saya percaya kalau jodoh itu sudah sampai, pasti tak ke mana. Andai tiba masanya, kami pasti akan umumkan. Hanya doa daripada semua yang saya harapkan. Semoga apa yang dirancang dipermudahkan… Insya-Allah,” katanya.

Hubungan Erra dan Shahir hangat diperkatakan peminat apabila mereka mula rapat sejak dua tahun lalu.

 

Sumber: BH Online



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post