“Siapa pandai-pandai kata saya masuk Islam” – Datuk Hans Issac

“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa sudah memeluk agama Islam,” kata pelakon Datuk Hans Issac, 45.

Katanya, sebarang hal mengenai dirinya haruslah melalui kenyataan daripada mulutnya sendiri atau dikeluarkan dalam media sosial rasminya.

Datuk Hans Issac

Datuk Hans Issac

Baca artikel sebelum: Miss K terkejut Datuk Hans Issac didakwa sudah peluk agama Islam

“Semua itu tidak betul. Siapalah orang yang pandai-pandai mengatakan saya sudah masuk Islam. Saya masih beragama Kristian (Roman Katolik).

“Saya sedang sibuk dan baru balik dari luar negeri untuk urusan kerja, timbul pula cerita ini,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Dalam laporan sebuah portal hiburan, Hans dikatakan sudah memeluk agama Islam di sebuah negeri Pantai Timur pada awal tahun ini.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post