Silap masa nak selfie dengan ular, bahu kena patuk

Gambar selfie dengan satu daripada ular terbesar di dunia mungkin menarik untuk dijadikan foto profil Facebook.

Tetapi, malang menimpa seorang lelaki apabila dia cedera ketika cuba bergambar dengan seekor ular sawa sepanjang hampir empat meter di Rajashtan, India.

Salah masa untuk selfie dengan ular

Salah masa untuk selfie dengan ular

Salah masa untuk selfie dengan ular

Apa yang dipelajari lelaki yang dipercayai berusia 20-an itu ialah ular itu mungkin tidak suka bergambar.

Kejadian berlaku apabila lelaki berkenaan mendekati sekumpulan orang yang berjaya menangkap ular itu di kawasan berlumpur.

Dengan telefon pintar di tangan, dia berjalan mengundur ke arah kumpulan itu dengan harapan untuk merakam selfie.

Malangnya, sebaik sahaja lelaki itu berada berhampiran, ular tersebut terus mematuk bahunya.

Lelaki itu meraung kesakitan sebelum dia terjatuh. Kumpulan lelaki yang membawa ular itu hanya melihat kejadian itu dengan rasa terkejut.

Reptilia itu biasanya tidak akan menyerang, kecuali ia terkejut atau diganggu. – Agensi

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post