Tiada lemak babi dalam kopi McDonald’s, mesej tersebar hanya khabar angin

McDonald’s Malaysia hari ini menyanggah dakwaan penggunaan lemak babi ke atas minuman kopi di semua premis restoran itu di negara ini.

Pengarah Urusannya, Azmir Jaafar ketika menafikan perkara tersebut berkata, mesej tersebut disebarkan pihak yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan menimbulkan ketakutan dan keraguan di kalangan para pengguna dan masyarakat.

Tiada lemak babi dalam kopi McDonald's, mesej tersebar hanya khabar angin

Tiada lemak babi dalam kopi McDonald’s, mesej tersebar hanya khabar angin

“Kami telah dimaklumkan tentang maklumat palsu yang disebarkan tentang kopi McDonald’s, yang dikatakan mengandungi lemak khinzir.

“Kami menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat oleh laman web tersebut tentang kualiti kopi kami. Kami percaya yang mesej ini bertujuan untuk dalam usaha untuk memfitnah jenama kami,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, syarikat McDonald’s menjadi sebutan orang ramai apabila timbulnya keraguan terhadap resipi daging burger restoran makanan segera itu.

Dalam pada itu, pihaknya turut memberi jaminan terhadap standard kualiti dan keselamatan makanan di kesemua premisnya.

“Kesemua produk kami turut disahkan 100 peratus halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pihak-pihak berkuasa Halal yang diiktiraf oleh Jakim.

Sumber: Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post