TMJ hadiahkan limosin Hummer ditempah khas buat JDT

Selepas menerima pesawat mewah daripada Sultan Johor pada Ogos lalu, kini pemain Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim (JDT) dikurniakan sebuah limosin Hummer baharu yang ditempah khas.

TMJ hadiah limosin Hummer pada JDT

TMJ hadiah limosin Hummer pada JDT

Menurut Facebook Johor Southern Tigers, pemilik kelab itu, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menghadiahkan limosin itu untuk kegunaan pihak pengurusan JDT.

Limosin itu dijangka siap hari ini akan turut digunakan untuk perarakan esok bagi meraikan kejayaan pasukan menjulang kejuaraan liga buat kali ketiga berturut-turut.

Skuad Harimau Selatan kendalian Mario Gomez melakar sejarah tersendiri apabila menjuarai Liga Super buat kali ketiga berturut-turut sejak 2014 selepas menang 3-0 ke atas pasukan Terengganu di Stadium Tan Sri Dato Hassan Yunos Larkin, minggu lalu.

Hummer ialah jenama kenderaan trak dan SUV daripada pembuatnya di Amerika Syarikat dan ia bermula dengan membuat kenderaan tentera. Pada 1992, AM General mula menjual Hummer dalam versi kenderaan yang boleh diguna pakai pengguna, bukan tentera.

Pada Ogos, Sultan Ibrahim Iskandar mengurniakan sebuah pesawat model Gulfstream 550 kepada JDT menjadikan kelab itu sebagai pasukan bola sepak pertama mempunyai pengangkutan udara sendiri yang serba mewah.

Pesawat itu dijangka siap pertengahan tahun depan.

 

Sumber: Free Malaysia Today



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post