Tolak pelawaan berjumpa, Remy Ishak diugut bunuh oleh wanita bergelar VIP dari pantai timur

Pelakon Remy Ishak mendakwa telah menerima ugutan bunuh daripada seorang wanita berstatus kenamaan selepas menolak pelawaan untuk berjumpa.

Remy dilapor Harian Metro menerima ugutan melalui panggilan telefon Isnin lalu apabila dihubungi seorang lelaki, dipercayai “orang suruhan” wanita terbabit.

Tolak pelawaan berjumpa, Remy Ishak diugut bunuh oleh wanita bergelar VIP dari pantai timur

Tolak pelawaan berjumpa, Remy Ishak diugut bunuh oleh wanita bergelar VIP dari pantai timur

“Namun pelawaan itu ditolak dengan baik oleh artis itu sebelum telefon terbabit diserahkan kepada wanita berkenaan.

“Sebaik menerima telefon itu, wanita terbabit mengugut mahu membunuh pelakon lelaki itu jika enggan bertemunya,” kata sumber.

Remy, atau nama sebenar Mohammad Zalimei Ishak sempat merakamkan perbualan dan terus membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya.

Memetik sumber, akhbar itu melaporkan kejadian berpunca daripada wanita dari pantai timur itu yang mengajak Remy menjalankan perniagaan pada Mei lalu.

Katanya, sebelum ini Remy juga pernah menerima beberapa ugutan daripada individu sama tetapi tidak menjelaskan bentuk ugutan yang diterima.

“Malah pelakon itu juga pernah membuat laporan polis berhubung ugutan yang diterimanya sebelum ini di Balai Polis Sri Kembangan, Selangor,” katanya.

Ketua Polis Serdang ACP Megat Alias ketika dihubungi akhbar itu mengesahkan laporan dan sedang membuat siasatan.

Remy bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Sumber: Malay Mail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post