6 beradik yatim piatu sekelip mata, ibu bapa maut dalam kemalangan

Enam beradik yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Besar FELDA Serting Hilir di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.06 malam itu, Nasrudin A Ghani, 53, dan isterinya, Noridah Ahmad, 47, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anak bongsu mereka, Nurin Najwa, 13, hanya cedera ringan, selepas sebuah kereta bertembung kenderaan dinaiki mereka.

6 beradik yatim piatu sekelip mata, ibu bapa maut dalam kemalangan

6 beradik yatim piatu sekelip mata, ibu bapa maut dalam kemalangan

Anak kedua mangsa, Nur Azman, 26, berkata kali terakhir dia bertemu dengan arwah ayahnya malam kelmarin, ketika mereka berada di rumah ibu saudara di Mahsan, Bahau di sini.

Dia yang tinggal di Bahau, perasan akan perubahan pada arwah ayahnya yang tiba-tiba menjadi pendiam, tetapi tidak mengesyaki apa-apa.

“Walaupun ayah dan ibu tinggal di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Air Hitam, tetapi saya dan adik beradik lain kerap mengunjungi mereka, malah saya dan ayah kerap memancing bersama.

“Kami redha dengan ketentuan ini, tetapi masih terkejut kerana mereka pergi serentak sekali gus hilang tempat kami bermanja dan berharap,” katanya ketika ditemui di Hospital Jempol di sini, tadi.

Sementara itu kakak arwah Nasrudin, Zainon, 57, berkata arwah adalah anak ketiga daripada lapan beradik dan kerap mengunjungi dia dan ibu mereka, Tengku Zariah Tengku Ahmad, 74, yang tinggal bersamanya.

“Rabu lalu arwah datang ke rumah, tetapi sebelum pulang saya perasan dia tidak bersalam dan peluk saya seperti yang dilakukan selalu,” katanya.

Pasangan suami isteri itu akan dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Mahsan, di sini, selepas solat Jumaat.

Sumber: Bharian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post