Adi Putra enggan kongsi gambar isteri kedua di laman sosial, takut ada hati yang terluka

Adi Putra enggan kongsi gambar isteri kedua di laman sosial, takut ada hati yang terluka | Pelakon yang baru saja mengamalkan poligami, Adi Putra, menegaskan beliau enggan berkongsi maklumat ataupun foto isteri keduanya di laman sosial.

Menurut Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 35 keputusan itu dibuat kerana tidak mahu kontroversi perkahwinan keduanya terus menjadi buah mulut sekali gus menyebabkan ada hati yang terluka.

Adi Putra enggan kongsi gambar isteri kedua di laman sosial, takut ada hati yang terluka

Adi Putra enggan kongsi gambar isteri kedua di laman sosial, takut ada hati yang terluka

“Saya ada sebab tertentu mengapa saya tidak berkongsi langsung gambar isteri kedua saya di Instagram.

“Bagi saya, media sosial ialah senjata paling berkesan untuk mengundang spekulasi yang akhirnya memakan diri. Mengapa kita perlu dekat dengan bahan api kalau kita tahu ia boleh membahayakan diri?

“Lagipun, antara media sosial dan solat, mana yang lebih wajib? Lebih baik saya bimbing isteri saya ke arah yang lebih baik daripada sibuk dengan media sosial.

“Dalam hal ini, kita kena ingat, ia bukan saja membabitkan kedua-dua isteri, tetapi juga ibu bapa kedua-dua belah pihak. Perkara itu yang saya kena jaga,” jelasnya ketika ditemui pada majlis memasang poster gergasi filem Hanyut di sini, petang tadi.

Turut hadir pada majlis itu ialah pengarah filem terbabit, U-Wei Saari; dan pelakon, Diana Danielle, Normah Damanhuri, Khalid Salleh serta Anwar Idris.

Ditanya adakah isteri keduanya ada mempersoalkan mengenai perkara terbabit, Adi berkata, biarlah beliau seorang saja yang tahu mengenai perkara itu.

“Kalau saya bercerita panjang mengenai perkara ini, lebih baik saya cerita keseluruhannya, maknanya dengan pekung-pekung sekali. Sama ada isteri saya itu mempersoalkannya atau tidak, biarlah ia menjadi rahsia saya,” katanya.

Mengenai kemungkinan kedua-dua isterinya sudah pun dipertemukan, pelakon drama Cinta Si Wedding Planner ini menjelaskan, biarlah perkara itu berlaku dengan sendiri.

“Saya tidak gemar mengatur atau membuat perancangan dan lebih selesa membiarkan sesuatu itu berlaku dengan sendirinya. Biarlah kehidupan ini berjalan seperti air yang mengalir,” ujarnya berkias.

Dalam sidang media khas sebelum ini, Adi mengesahkan dirinya sudah pun bernikah lagi dengan seorang wanita dikenali sebagai Nor Shahida Zolkifly pada 20 Jun lalu. Pengakuan itu dibuat selepas foto perkahwinan mereka tersebar di alam maya.

Adi sebelum ini pernah berdepan masalah rumah tangga dengan isteri pertama, Aida Yusof, 41, apabila beliau memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mei 2012.

Mendirikan rumah tangga sejak 14 April 2006, Adi kemudian membatalkan hasrat untuk bercerai.

Mengulas filem terbaharu lakonannya, Adi yang memegang watak Dain Maroola mengakui berada dalam tekanan tatkala berlakon dalam naskhah yang paling ditunggu-tunggu tayangannya itu.

“Perkara yang membuatkan saya tertekan adalah untuk mencari apakah yang dimahukan U-Wei dalam diri saya ini? Apatah lagi selepas diberitahu watak Dain ini sebenarnya ingin diberikan kepada Eman Manan, lagilah membuatkan perasaan saya tidak tentu arah.

“Akhirnya saya membuat kesimpulan, sebelum saya menyelam watak Dain, saya harus terlebih dulu menyelami siapa U-Wei, barulah saya mendapat jawapannya,” katanya.

Filem Hanyut yang turut menampilkan lakonan Sofia Jane, Sabri Yunus, Hasnul Rahmat dan Bront Palarae bakal ditayangkan di pawagam pada 24 November depan.

Sumber: Bharian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post