Akibat Ambil Jalan Pintas Nak Sado

Impiannya adalah untuk kelihatan seperti hero zaman kecilnya iaitu Arnold Schwarzenegger atau the Hulk.

Jadi, ahli bina badan Valdir Segato mengambil keputusan untuk mencucuk ototnya dengna minyak untuk mempercepatkan impiannya untuk menjadi popular dengan badan sado.

Akibat Ambil Jalan Pintas Nak Sado

Berat badannya telah bertambah sebanyak 25kg hasil dari injeksi synthol yang menyakitkan dan biarpun tahu perkara itu boleh membawa maut dan hanya membuat ‘otot sado palsu’, Valdir berkata dia sangat bangga apabila orang memandangnya di jalanan.

Kemaruk Sado, Lelaki Ambil Jalan Pintas

“Saya rasa seperti mimpi jadi kenyataan. Kamu lihat badan kamu dan saksikan ia naik, jadi kamu inginkannya lagi”, kata Valdir.

Valdir, 48, mula menyucuk dirinya dengan minyak yang mungkin boleh membawa risiko itu lima tahun yang lalu. Sejak dari itu, saiz lengannya bertambah dari 12 inchi dan dia inginkan yang lagi besar.

Pekerja binaan dari Sao Paulo, Brazil itu berkata di bangga dikenali sebagai ‘He-Man’ dan raksaksa oleh masyarakat tempatan.

Kemaruk Sado, Lelaki Ambil Jalan Pintas

Kemaruk Sado, Lelaki Ambil Jalan Pintas

Menurut Valdir, dia dahulunya seorang penagih dadah dan badannya hanya tinggal sekeping tulang. Bagi mengubah hidupnya, Valdir mula ke gym dan dari situlah dia dikenalkan dengan minyak tersebut oleh seorang pengguna lain.

“Minyak itu biasanya estetik, ia membentuk badan dan membuatkan otot bengkak – ia tidak menjadikan seseorang lebih kuat.

“Doktor menyuruh saya berhenti tapi ianya keputusan saya kerana saya mahukan dan sukakannya”, kata Valdir yang menyedari minyak itu boleh membunuhnya.

Kemaruk Sado, Lelaki Ambil Jalan Pintas

Kemaruk Sado, Lelaki Ambil Jalan Pintas

Post a Comment

Previous Post Next Post