Azlina Husin sebak abangnya ditikam sampai mati bakal suami

Status lelaki yang mahu dikahwini Azlina Husin terbongkar pagi tadi apabila semakan di Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Terengganu mendapati lelaki itu sudah berkahwin, namun episod pilunya tidak berakhir di situ.

Duka yang mencengkam Azlina Husin

Azlina Husin

Duka yang mencengkam Azlina Husin

Abangnya ditikam lelaki terbabit sehingga mati di kawasan parkir di Kompleks Seri Iman, di sini sejurus membuat semakan itu dan kira-kira 7.30 malam tadi, dia melihat jenazah abangnya di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.

Baca artikel sebelum: Meninggal ditikam bakal adik ipar, kasih abang hingga hujung nyawa

Azlina Husin, 27 tidak dapat menahan sebak sebaik dibenarkan melihat jenazah abangnya, Muhamad Shukri Husin, 34 yang juga kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menurut Azlina, dia tidak menyangka lelaki yang berperwatakan lembut itu tergamak bertindak sedemikian terhadap abangnya.

“Sebelum ini, dia kelihatan tenang apabila saya mahu hubungan kami ditamatkan sebaik status perkahwinannya terjawab.

“Dia hanya cakap OK dan abang saya mengajaknya untuk minum sebelum abang ipar memaklumkan abang mati ditikam lelaki itu,” katanya.

Azlina dilihat menangis sambil ditenteramkan ahli keluarganya sebelum jenazah abangnya dibawa dengan van jenazah untuk dikebumikan di Kampung Kok Keli, Tumpat, Kelantan.

Van jenazah beredar dari pekarangan Unit Forensik HSNZ kira-kira 7.40 malam.

Difahamkan, jenazah akan dikebumikan sebaik tiba di kampung halaman isterinya yang kini sedang hamil anak sulung mereka.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

1 Comments

  1. Sampai ajal... saya srndiri ajal tk dpt elak lagi..sakratul maut

    ReplyDelete
Previous Post Next Post