Bilik sewa murah, cuma RM50 hingga RM80 sebulan

Kementerian Wilayah Persekutuan bercadang mewujudkan kediaman dengan kadar sewa rendah ( bilik sewa murah ) khusus untuk golongan belia bujang berpendapatan rendah di ibu kota.

Bilik sewa murah

Bilik sewa murah

Bilik sewa murah

Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, usaha itu bertujuan membantu golongan berkenaan menyewa bilik pada kadar rendah iaitu dari RM50 hingga RM80 sebulan.

“Ini untuk membantu mereka yang bekerja di hotel, restoran dan dalam semua sektor perkhidmatan industri di Kuala Lumpur agar mampu menyewa bilik walaupun gaji rendah.

“Kami merancang membina rumah berkeluasan 650 kaki persegi setiap unit dan setiap unit akan mempunyai lima bilik, tandas dan ruang makan.

“Rumah ini juga akan dilengkapi kawasan meletak motosikal dan akan dibina berdekatan stesen LRT (Transit Aliran Ringan),” katanya pada sidang media selepas merasmikan upacara pecah tanah projek Persimpangan Pantai Sentral Park di sini, hari ini.

Persimpangan Pantai Sentral Park di Pantai Dalam sejauh 2.8 kilometer adalah laluan alternatif dengan kos pembinaan RM52 juta dijangka dapat mengurangkan kesesakan jalan raya sekitar ibu negara sehingga 30 peratus, dijangka siap Februari 2018 dan akan menghubungkan laluan ke Lebuhraya Pantai Baru (NPE), Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Damansara-Puchong dan Kerinchi Link (Lebuhraya SPRINT).

Ia dibangunkan Amona Development Sdn Bhd dan IJM Land Berhad yang turut membangunkan projek perumahan di situ.

Tengku Adnan turut meminta kedua-dua pemaju menyediakan rumah mampu milik sebanyak 896 unit dengan harga RM245,000 ke bawah seunit bagi memberi peluang orang ramai memiliki kediaman di kawasan Pantai Sentral Park.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post