Chan Peng Soon, Goh Liu Ying dan Goh V Shem kini berlakon filem Goodbye Mr Loser

Pemain beregu campuran badminton negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan pemain beregu lelaki Goh V Shem kini bergelar pelakon apabila diambil berlakon dalam sebuah filem tempatan berbahasa Cina yang bertajuk Goodbye Mr Loser yang akan ditayangkan pada Tahun Baru Cina tahun depan.

Chan Peng Soon, Goh Liu Ying dan Goh V Shem kini berlakon filem Goodbye Mr Loser

Chan Peng Soon, Goh Liu Ying dan Goh V Shem kini berlakon filem Goodbye Mr Loser

Susulan kejayaan mereka meraih pingat perak pada Sukan Olimpik Rio membuka rezeki kepada ketiga-tiganya untuk beraksi pula di layar perak.

Liu Ying yang juga seorang model sambilan berkata beliau gembira apabila diberi peluang untuk mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan.

Beliau berkata kerjaya sebagai pelakon dan model hanya sampingan dan tumpuannya tetap terarah sebagai pemain badminton.

“Saya, Peng Soon dan V Shem diberi peluang untuk berlakon, kami sangat teruja. Dalam bidang lakonan untuk menghayati watak adalah susah, tetapi jadi atlet di gelanggang lebih susah lagi,” katanya kepada pemberita.

Liu Ying menerima penghargaan daripada syarikat pembekal barangan kesihatan OSIM Malaysia hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata beliau kini sedang giat menjalani latihan untuk menyertai beberapa kejohanan terutama Final Siri Super Dunia Dubai dari 14 hingga 18 Disember ini.

“Paling penting adalah tahap kecergasan saya. Fokus saya adalah Final Siri Super di Dubai. Bagi beberapa kejohanan terdekat seperti Terbuka Denmark dan Terbuka Perancis, saya perlu tingkatkan ketahanan fizikal saya,” katanya.

Sementara itu V Shem berkata berlakon filem adalah lebih sukar berbanding menjadi seorang atlet.

Baginya tiga jam penggambaran filem tersebut adalah pengalaman baru dan menarik baginya walaupun sukar untuk menghayati watak yang diberikan.

“Bagi saya lakonan susah berbanding menjadi atlet, mungkin sebab pertama kali saya mencuba. Saya belum fikir untuk menjadi pelakon sepenuh masa,” katanya yang berpasangan dengan Tan Wee Kiong.

– Bernama

 

Sumber: Malaysiakini



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post