EMPAT BERADIK TERPAKSA IKAT PERUT,TIGA TIDAK BERSEKOLAH

HANTAR KE STESEN TV TAK MAHU SIAR, JOM PAKAT-PAKAT TOLONG VIRAL KUT2 ADA YANG BERHATI MULIA NAK MEMBANTU!!!

EMPAT BERADIK TERPAKSA IKAT PERUT,TIGA TIDAK BERSEKOLAH



Kesempitan hidup memaksa seorang bapa dan Empat anaknya di Kampung Setol, Teluk Air Tawar, Butterworth, terpaksa ikan perut selain tidak mampu untuk menghantar tiga anaknya ke sekolah sejak empat bulan lalu.

Keperitan hidup keluarga tersebut bermula apabila bapa mereka,Rahim Jaafar, 40, terbabit kemalangan dengan seekor anjing ketika menunggang motosikal untuk ke kedai di Teluk Air Tawar menyebabkan empat tulang rusuknya patah selain tulang bahu dan kaki.

Selain itu, Rahim juga menghidapi sakit asma yang agak serius sehingga membataskan pergerakkan beliau untuk bekerja.

Kata Rahim, disebabkan kesempitan hidup dia tidak mampu menghantar semua anaknya ke sekolah.

Hanya seorang anaknya iaitu Nur Syifa Irdina,9, yang mampu dihantar ke sekolah manakala tiga lagi anaknya,Muhammad Adam Faris, 7, Muhammad Danial Hakimi, 11, dan Muhammad Zulhaimi, 13, terpaksa diberhentikan.

Katanya, Nur Syifa Irdina, yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Senangan juga sering tidak kesekolah kerana ketiadaan wang.

Dalam pada itu,anak sulungnya Muhammad Zulhaimi, terpaksa bekerja di pusat mencuci kereta berhampiran bagi membantu perbelanjaan mereka sekeluarga, disebabkan isterinya, Masitah Abdullah Ibrahim, 30, kini tinggal di rumah ibunya dan hanya pulang seminggu sekali.

Rahim berkata,keadaan mereka terlalu mendesak hingga anak-anak terpaksa mengikat perut kerana kehabisan bekalan makanan.

Dia tidak mempunyai wang untuk membeli beras dan barang makanan lain menyebabkan anak-anak terpaksa berlapar.

Lebih menyedihkan apabila, anak-anaknya terpaksa memancing ikan air tawar di tali air berhampiran untuk dijadikan lauk.

Malah setiap hari mereka sekeluarga hanya mampu menjamah nasi beralaskan kicap dan telor goreng.

Menurut Rahim, Permohonan bantuan telahpun dibuat kepada Pejabat Zakat Pulau Pinang namun masih belum menerima sebarang jawapan.

Muhammad Danial pula sebelum ini belajar di sebuah sekolah tahfiz, namun terpaksa diberhentikan separuh jalan berikutan masalah kewangan.

Dia yang bercita-cita untuk menjadi seorang anggota polis berharap akan dapat bersekolah semula selepas ini.

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional Rahim bernombor 0713929000042972

Zakat Pulau Pinang

Alamat; NO.662 Kmpg Setol,Telok Air Tawar,Butterworth...dekat stesen minyak caltex...untuk lebih mudah boleh tanya gerai depan Masjid Telok Air Tawar.

Kredit : MEDIA Hotline FB - Utara

Post a Comment

Previous Post Next Post