Fara Fauzana dipilih menjadi juri tetap Pencetus Ummah musim ke-4

Personaliti radio dan televisyen terkenal, Fara Fauzana, 36, dipilih sebagai juri tetap Pencetus Ummah (PU) bagi musim keempat.

Pembabitan bekas penyampai Hot FM itu dalam rancangan berkenaan diumumkan pada majlis sidang media program terbabit yang berlangsung di sini, petang tadi.

Fara Fauzana dipilih menjadi juri tetap Pencetus Ummah musim ke-4

Fara Fauzana dipilih menjadi juri tetap Pencetus Ummah musim ke-4

Mengulas mengenai perkara itu, Fara berkata, ia tanggungjawab yang besar harus dipikul, apatah lagi bergandingan bersama pendakwah terkemuka, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr Maza.

“Inilah kali pertama saya diberikan peranan sebagai juri tetap untuk rancangan bercorak keagamaan.

“Pada awalnya saya gemuruh juga apabila dilamar penganjur, tetapi selepas berbincang dan mengetahui tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, saya teruja untuk melakukannya.

“Tugas saya lebih kepada mengkritik faktor luaran dan bukannya dari sudut pengisian atau kandungan. Saya dimaklumkan, saya perlu menjadi ‘mata penonton’ yang menilai dari aspek persembahan dan juga penyampaian peserta,” katanya.

Rancangan yang menerima anugerah Program Agama Terbaik, Anugerah Sri Angkasa 2016 itu turut menampilkan Faizal Ismail dan PU Azman sebagai pengacara Mimbar PU.

Sementara itu, buat julung kali, program Serambi PU akan dikendalikan oleh pelakon dan penyanyi wanita, Anis Al Idrus.

Mimbar PU akan bersiaran secara langsung menerusi saluran berbayar Astro Oasis selama tujuh minggu, bermula 27 Oktober ini.

Sumber: Bharian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post