“Gambar yang tersebar dari Facebook palsu itu belum diedit” – Gegar Vaganza siar gambar promo peserta GV3 selepas edit

“Gambar yang tersebar dari Facebook palsu itu belum diedit” – Gegar Vaganza siar gambar promo peserta GV3 selepas edit | Gambar sesi fotografi 12 peserta GegarVaganza 3 (GV3) telah tersebar dan menjadi viral di laman sosial.

Bagaimanapun, banyak pihak yang memberikan komen negatif, selepas melihat hasil gambar tersebut.

"Gambar yang tersebar dari Facebook palsu itu belum diedit" - Gegar Vaganza siar gambar promo peserta GV3 selepas edit

“Gambar yang tersebar dari Facebook palsu itu belum diedit” – Gegar Vaganza siar gambar promo peserta GV3 selepas edit

Namun begitu, ramai tidak tahu, gambar yang tersebar di laman sosial tersebut bukanlah gambar rasmi dan gambar tersebut belum menjalani proses suntingan (edit) serta telah disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Gambar sesi fotografi yang sedang viral itu telah dimuatnaik oleh akaun Facebook palsu GegarVaganza. Untuk pengetahuan semua, GV tidak pernah ada sebarang akaun Facebook semenjak musim pertama sehinggalah terkini.

Selain Facebook, ramai pihak tidak bertanggungjawab turut membuka akaun palsu Instagram dengan nama GV. Diharap peminat GV tidak tertipu dengan akaun palsu yang bukan kepunyaan pihak Astro.

Semua perkembangan terbaru mengenai GV dan program Astro yang lain boleh didapati di laman Facebook Astro Gempak, http://ift.tt/2dlbYlI ; laman web Astro Gempak, http://ift.tt/1pk97KA dan laman Instagram rasmi Astro Gempak, @astrogempak.

Jangan lupa saksikan Konsert GegarVaganza 3 yang bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bermula 16 Oktober ini secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) setiap Ahad, jam 9.00 malam.

Berikut merupakan antara gambar peserta GV 3 yang telah menjalani proses suntingan, gambar kiri (sebelum suntingan) dan gambar kanan (selepas suntingan), eksklusif di portal Astro Gempak:

Sumber: Astro Gempak



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post