Ibu tunggu anak balik sekolah putus kaki dirempuh kereta

Seorang wanita putus kaki kanan selepas dirempuh dan digilis sebuah kereta ketika sedang menunggu anaknya di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Menanti di sini, petang tadi.

Ibu tunggu anak balik sekolah putus kaki dirempuh kereta

Ibu tunggu anak balik sekolah putus kaki dirempuh kereta

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa, Ida Suryanti Yunus, 46, dari Kampung Parit Nawi di sini mengalami kecederaan parah apabila kaki kanannya putus selepas dirempuh kereta itu ketika sedang menunggu untuk mengambil anaknya di sekolah terbabit.

Saudara terdekat mangsa yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal Honda Wave dikatakan bersendirian untuk mengambil anaknya.

“Difahamkan, ketika tiba di sekolah terbabit, sebuah kereta dari arah bertentangan merempuh mangsa. Perlanggaran itu menyebabkan kaki mangsa putus hingga ke pergelangan kaki kanannya.

“Mangsa yang masih dalam keadaan sedar selepas kejadian kemudiannya dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, difahamkan keadaan Ida Suryani dilaporkan stabil dan dijangka akan menjalani proses pembedahan dalam tempoh terdekat.

Sumber: Bharian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post