Inilah Punca Sebenar Nur Sakinah, Pelajar Malaysia Yang Hilang Di Perancis

Inilah Punca Sebenar Nur Sakinah, Pelajar Malaysia Yang Hilang Di Perancis


Sebelum ini telah kecoh apabila seorang pelajar Malaysia, Nur Sakinah yang berumur 19 tahun telah hilang selama 5 hari di Paris yang menjadi tumpuan ramai.


Akhirnya selepas 5 hari hilang, pelajar ini pulang semula ke rumah sewanya dengan keadaan yang selamat.

Namun, ramai yang tertanya-tanya apa yang berlaku sebenarnya sehingga dia menghilangkan diri.

Akhirnya persoalan itu akhirnya terjawab setelah dia membuat pengakuan kepada pegawai Kedutaan Malaysia di Perancis.

Sakinah, pelajar bidang kejuruteraan di Institute University of Technology (IUT) Rouen yang ditaja Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengakui punca dirinya bertindak menghilangkan diri kerana tertekan dengan pelajarannya.


Pelajar ini akui memang tidak berminat belajar kursus kejuruteraan di negera tersebut sejak awal algi namun terpaksa bersetuju kerana dorongan ibu bapa.

Ini kenyataan dari pelajar ini:

“Saya tertekan dengan pelajaran yang diikuti di sini (Perancis) dan tidak berminat meneruskannya.

“Saya mahu berhenti sejak awal lagi tetapi keluarga memujuk supaya meneruskan pengajian,”


Nur Sakinah mahu berhenti belajar dan menyatakan hasrat untuk kembali ke Malaysia bersama ibu bapanya yang dijadualkan akan tiba di Perancis.

Nur Sakinah telah keluar dari rumah sewanya pada jam 12 tengah hari waktu tempatan (6 pagi waktu Malaysia) Ahad lalu dan bermalam di stesen kereta api Rouen sebelum meneruskan perjalanan ke Paris menaiki kereta api,”

Sebaik sahaja tiba di Paris, Sakinah telah pergi ke Masjid Besar Paris dan berkenalan dengan sekumpulan rakyat asing termasuk seorang rakyat Portugal yang dikenali sebagai Suraya.

Sepanjang kehilangannya selama lima hari itu, Nur Sakinah tinggal di kediaman Suraya yang turut memberi nasihat serta sokongan kepadanya.

lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post