Isu 1,500 mangkuk laksa Sarawak dibuang sia-sia selepas cipta rekod negara, ini jawapan balas dari penganjur

Sebanyak 1,500 mangkuk laksa Sarawak, yang mencipta rekod negara semalam, terpaksa dibuang kerana “tidak sihat,” kata penganjur.

Debra Sim berkata isi kandungan makanan yang ditempah untuk acara “laksa Sarawak terbesar” di Plaza Merdeka, Kuching tidak sesuai dimakan.

laksa Sarawak terbesar

Rekod Malaysia

“Ia akan dibuang kerana tidak sihat untuk dimakan,” katanya seperti dilaporkan The Borneo Post.

Direkodkan dalam Malaysia Book of Records, juadah tersebut yang dimasukkan dalam mangkuk sedalam 1.3 meter mengandungi bahan asas hidangan popular itu.

Ia mengandungi 100kg rencah laksa Sarawak, 225kg laksa beras, 90kg udang, 1,008 biji telur dan 80kg ayam.

Ia mengambil masa 18 jam untuk disediakan oleh 15 tukang masak.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post