Janet Jackson tampil menutup aurat di khalayak ramai pertama kali

Sejak berita kehamilannya pada usia 50 tahun menjadi viral, penyanyi sensasi, Janet Jackson tampil buat pertama kali di khalayak ramai dengan persalinan menutup aurat serba hitam.

Janet Jackson tampil menutup aurat

Janet Jackson tampil menutup aurat

Janet Jackson tampil menutup aurat

Adik kepada Raja Pop, mendiang Michael Jackson itu dikatakan sudah memeluk Islam selepas mendirikan rumah tangga bersama jutawan berasal dari Qatar, Wissam Al Manna berusia 41 tahun, kira-kira empat tahun lalu.

Foto ekslusif yang sempat dirakamkan lensa paparazzi menggambarkan kebahagiaan pasangan itu bersantai dan membeli belah di London, awal minggu lalu.

Merpati dua sejoli itu tampak bahagia menantikan detik kelahiran cahaya mata sulung mereka, tidak lama lagi.

Jackson yang hamil buat kali pertama pada usia 50 tahun dilihat membeli beberapa barang kelengkapan bagi menyambut kelahiran anak sulung mereka.

April lalu, Jackson mengumumkan konsert jelajah dunianya ditunda kerana ingin memberi tumpuan kepada keluarga dan suami.

Jackson sebelum ini enggan mengesahkan berita kehamilannya walaupun beberapa gambar tersebar menampakkan peningkatan berat badan ketara dengan perut penyanyi lagu Control itu yang makin membesar.

 

Sumber: BH Online



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post