Johan bahagikan hadiah juara Super Spontan Superstar RM100,000 untuk anak dan kebajikan

Pelawak Johan berkata dia akan membahagikan hadiah juara Super Spontan Superstar RM100,000 kepada anak-anaknya untuk simpanan masa depan.

Johan atau nama sebenarnya, Muhammad Yazid Lim, 32, berkata, dia juga akan turut membahagi hasil kemenangan itu untuk ibu bapa, rumah kebajikan dan kelab peminatnya.

Johan bahagikan hadiah juara Super Spontan Superstar RM100,000 untuk anak dan kebajikan

Johan bahagikan hadiah juara Super Spontan Superstar RM100,000 untuk anak dan kebajikan

“Saya percaya rezeki yang saya dapat selama hari ini adalah rezeki anak-anak saya, jadi sebagai ketua keluarga saya bertanggugjawab untuk membahagikan sama rata kepada anak-anak saya.

“Selain itu, saya akan bahagikan juga kepada ibu-bapa, rumah kebajikan dan peminat,” ujarnya kepada mStar Online.

Johan ditemui pada sidang media selepas program akhir Super Spontan Superstar yang diadakan di Dewan Besar, Universiti Putra Malaysia (UPM), malam Jumaat. 

Pelawak yang juga penyampai radio Era FM itu diumumkan sebagai juara dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Antara aksi peserta pada peringkat akhir Super Spontan Superstar.

Johan turut menewaskan isterinya Ozlyn yang hanya menduduki tempat kelima dengan membawa pulang RM5,000 beserta trofi.

Sementara itu, ditanya usikan rakan-rakan pelawak terhadap isterinya di atas pentas yang dianggap agak kasar, Johan berkata, ia hanya gurauan daripada rakan-rakan yang sudah dianggap seperti keluarga.

“Saya tidak kecil hati atau pun marah mereka berkasar dengan Ozlyn kerana mereka semua itu sudah seperti keluarga. Mereka selalu datang ke rumah dan makan sama-sama di rumah kami.

“Saya pun tahu kalau aksi tunjal-tunjal kepala tu bukan kuat pun, lakonan saja nampak lebih, selagi ia tidak keterlaluan saya tidak kisah,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang penglibatannya dalam program lawak terkenal Maharaja Lawak Mega, katanya, dia tidak lagi berminat berikutan komitmen yang terlalu tinggi.

“Super Spontan ini mudah, kita hanya bawa ilmu sahaja dan tiada persediaan apa-apa. Kalau Maharaja Lawak Mega agak berat kerana ia perlu komitmen seminggu untuk cari idea,” ujarnya.

Sumber: Mstar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post