Johan juara Super Spontan Superstar, bawa pulang wang tunai RM100,000

Pelawak Johan diumumkan sebagai juara Super Spontan Superstar yang diadakan secara langsung di Dewan Besar, Universiti Putra Malaysia (UPM), pada malam Jumaat.

Johan Juara Super Spontan Superstar

Johan Juara Super Spontan Superstar

Kemenangan tersebut membolehkan Johan membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Naib Johan menjadi milik Abam dan memenangi wang tunai RM50,000 serta trofi, manakala  tempat ketiga menjadi milik Achey yang membawa pulang wang tunai RM25,000.

Tempat keempat, kelima dan keenam dimenangan oleh Fad, Ozlyn dan Tauke yang masing-masing menerima wang tunai berjumlah RM5,000 serta trofi.

Gelanggang akhir Super Spontan Superstar menyaksikan peserta berentap secara individu dan bukan berkumpulan seperti minggu-minggu sebelum ini.

Pertandingan yang berlangsung selama 10 minggu itu menyaksikan AC Mizal sebagai hos sementara Amir Raja Lawak, Afdlin Shauki dan Hans Isaac beraksi sebagai pengulas bersama.

Acara akhir itu turut dimeriahkan dengan kehadiran artis undangan Aida Jebat, Zizan Razak, Tomok, Black dan kumpulan Khalifah.

 

Sumber: MStar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post