Lepas ini, Kementerian wajibkan pengasuh bayi dan kanak-kanak miliki Diploma

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meletak syarat pengasuh bayi bagi Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) perlu memiliki sekurang-kurangnya diploma dalam pengurusan pendidikan awal kanak-kanak.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, ini bagi memastikan pengasuh mempunyai pengetahuan dan mencapai kualiti untuk mengasuh kanak-kanak di bawah umur tiga tahun.

Lepas ini, Kementerian wajibkan pengasuh bayi dan kanak-kanak miliki Diploma

Lepas ini, Kementerian wajibkan pengasuh bayi dan kanak-kanak miliki Diploma

 

 

 

“Di negara maju, pengasuh kanak-kanak di bawah tiga tahun memang dilatih secara profesional dan tahap pendidikan minimum mereka mestilah diploma.

“Sebelum ini Kementerian Pendidikan telah membincangkan perkara ini, tetapi hanya melibatkan prasekolah. Kali ini kita mahu pengasuh Taska juga mempunyai diploma sebagai kelayakan utama,” katanya kepada pemberita selepas Dialog Bersama Menteri bertajuk ‘Wawasan Baharu Ke Arah Pembangunan Masyarakat’ di Institut Sosial Malaysia di sini hari ini.

Dialog julung kali itu akan diteruskan dengan lapan lagi siri bersama penyertaan menteri daripada pelbagai kementerian lain sehingga Disember tahun depan.

Ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat mengenai isu sosial semasa negara, merangsang percambahan minda dan perkongsian idea dalam memahami cabaran sosial semasa serta meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab masyarakat.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Rohani berkata, keperluan bagi memastikan pengasuh Taska memiliki diploma merupakan usaha kerajaan untuk mendapatkan acuan terbaik dalam mendidik kanak-kanak.

“Kanak-kanak di peringkat umur tiga tahun ke bawah memerlukan pendidikan awal berkualiti daripada pengasuh berkemahiran bagi mencorak masa depan negara,” katanya. – BERNAMA

Sumber: Utusan



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post