Peminat bintang Running Man, Song Ji Hyo sanggup tunggu seawal 6.30 pagi di Bukit Bintang

Kira-Kira 500 peminat bintang Running Man, Song Ji Hyo, sanggup menunggu seawal jam 6.30 pagi di hadapan sebuah kompleks di Jalan Bukit Bintang, di sini, walaupun beliau hanya dijadualkan muncul merasmikan pembukaan butik kasut Shoopen, pada jam 10.30 pagi tadi.

Peminat bintang Running Man, Song Ji Hyo sanggup tunggu seawal 6.30 pagi di Bukit Bintang

Peminat bintang Running Man, Song Ji Hyo sanggup tunggu seawal 6.30 pagi di Bukit Bintang

Rata-rata pengikut setia model dan pelakon berusia 35 tahun itu mengakui, rela mengorbankan waktu tidur pada hujung minggu semata-mata mahu mendapatkan posisi terbaik untuk merakamkan gambar dan mendapatkan autograf wanita yang dikenali menerusi siri, Princess Hours itu.

Kesungguhan mereka membuatkan Ji Hyo terharu, malah tidak lupa memohon maaf sebaik dimaklumkan pengacara majlis mengenai pengorbanan peminatnya yang rela berkampung sejak awal pagi, meskipun beliau hanya muncul pada jam 10.30 pagi.

“Terima kasih semua. Saya berbesar hati berpeluang berada di sini dan diberikan sambutan yang sangat meriah. Saya juga minta maaf kalau anda terpaksa menunggu lama,” katanya sebaik dijemput ke pentas memberikan ucapan.

Ji Hyo adalah satu-satunya peserta wanita dalam program pertandingan realiti popular Korea Selatan, Running Man yang menjadi fenomena global sejak diterbitkan kira-kira enam tahun lalu.

Seperti rakan lain di dalam program berkenaan seperti HaHa dan Lee Kwang-Soo, masing-masing membina populariti luar biasa hingga menjadi rebutan syarikat sebagai duta produk selain kerap diterbangkan ke luar negara hanya untuk membuat kemunculan khas.

Selepas berkunjung ke Kuala Lumpur kali pertama pada tahun 2014 bersama rombongan produksi yang menaikkan namanya, Ji Hyo kali ini tampil sendirian bagi perasmian butik kasut popular yang berasal dari negara kelahirannnya.

Muncul di pentas utama di tengah kompleks terbabit tidak sampai sejam selepas menyempurnakan perasmian, keterujaan peminat terserlah apabila setiap aras dipenuhi ramai yang tidak henti merakamkan gambar.

Terdahulu, sorakan bergema sebaik sahaja bas yang membawa Ji Hyo berhenti di laluan masuk ke premis berkenaan. Bagaimanapun, ada di antara peminat yang kehampaan apabila gagal merakamkan kenangan bersamanya kerana kawalan agak ketat.

Sumber: Bharian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post