Putus cinta dengan Zahirah MacWilson, Zul Ariffin tak mahu ulas

“Itu semua ‘bloggers’ punya kerja, saya tak tau apa-apa,” kata pelakon popular Zul Ariffin, 30, mengenai dakwaan mengatakan dia sudah putus kasih dengan kekasihnya yang juga pelakon Zahirah MacWilson, 21, gara-gara orang ketiga.

Putus cinta dengan Zahirah MacWilson, Zul Ariffin tak mahu ulas

Putus cinta dengan Zahirah MacWilson, Zul Ariffin tak mahu ulas

Zul ketika dihubungi berkata dia hanya tahu mengenai perkara itu, baru-baru ini apabila terbaca mengenainya di Internet.

Baca artikel sebelum: Zul Ariffin dan Zahirah McWilson putus cinta angkara orang ketiga?

“Saya tak mahu komen apa-apa mengenai khabar angin saya sudah putus cinta dengan Zahirah kerana sekarang saya mahu tenang dan banyak kerja perlu siapkan,” katanya.

Menurut Zul, dia tidak akan mengulas khabar angin itu kerana dia tidak mahu sebarang kenyataan daripadanya akan mengganggu urusannya dengan pelanggan.

“Mereka (bloggers) boleh kata apa saja tetapi saya yang akan menanggung akibatnya. Saya yang kena menjawab dengan pelanggan kerana mereka tidak suka pelakon yang ada kontroversi. Hidup saya kini sudah aman dan tidak mahu terbabit dalam sebarang kontroversi lagi. Saya hanya sibuk berkerja saja sekarang,” katanya.

Gosip Zul dan Zahirah putus cinta timbul kononnya berpunca daripada sikap Zul yang menjalin hubungan dengan seorang pelakon wanita berasal dari Singapura.

Zul juga dikatakan sudah lama menjalinkan hubungan dengan pelakon wanita berkenaan secara rahsia dan perkara itu mengecewakan Zahirah.

Supaya tidak terus sakit hati, Zahirah mengambil keputusan untuk memutuskan percintaannya dengan Zul.

Pasangan ini mula menjalin hubungan istimewa pada November tahun lalu walaupun pada awalnya mereka menafikannya.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post