Rakaman video roh keluar dari mayat mangsa kemalangan jadi viral

Rakaman video yang kononnya menunjukkan roh keluar dari mayat mangsa wanita pembonceng motosikal yang mati dalam kemalangan menjadi viral di media sosial, terutama di Thailand.

Rakaman yang dikatakan dari CCTV di luar Kem Phibun Songkram di Lopburi, Thailand, itu dimuat naik Sutannaraj Suwannatada pada 17 September dan kini sudah ditonton 380,000 kali.

Kemalangan itu berlaku apabila motosikal dibonceng wanita dikenali sebagai Manee itu merempuh tiang lampu selepas melanggar pikap yang mahu memasuki simpang menyebabkan wanita berkenaan terbunuh manakala penunggangnya, seorang lelaki cedera.

 

 

Rakaman video roh keluar dari mayat mangsa kemalangan jadi viral

Rakaman video roh keluar dari mayat mangsa kemalangan jadi viral

Dalam rakaman itu, satu bayang samar-samar kelihatan keluar meninggalkan tubuh wanita berkenaan.

Namun, ramai yang mengkritik, mendakwa rakaman berkenaan disunting memasukkan imej bayang-bayang berkenaan.

Akhbar Thailand mengesahkan kemalangan itu berlaku namun sama ada betul atau tidak bayang kelihatan dalam rakaman itu benar-benar roh, tidak dapat dipastikan.

Sumber: Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post